Umum sedia maklum bahawa kaum Cina yang paling kuat menentang operasi kilang Lynas sehinggakan Lim Guan Eng sendiri dengan megah menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu ini.
Dan sebagai hamba abdi yang setia
lagi dungu, puak-puak PAS dan PKR pun turut sama menunjuk sokongan terhadap
para pengkhianat Cina yang tegar melindungi kepentingan negara asal nenek
moyang mereka dalam memonopoli pengeluaran nadir bumi.
Untuk yang masih kabur mengenai
punca sebenar penentangan terhadap Lynas, sila ambil maklum bahawa Negara China
merupakan pengeluar nadir bumi terbesar iaitu 97% dari bekalan dunia dan
pembukaan kilang Lynas di Malaysia akan menjejaskan monopoli mereka.
Sehubungan dengan itu, Himpunan
Hijau, pencinta alam dan risiko pendedahan radioaktif semuanya hanyalah
‘gimmick’ semata-mata kerana mereka sebenarnya tahu bahawa kilang Lynas adalah
kilang kimia biasa yang telah menepati standard keselamatan yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa.
Namun, demi semangat keChinaan
DAP dan semangat mengampu Cina puak-puak PAS dan PKR pun berikrar untuk terus
menentang Lynas. Seperti biasa, masjid
menjadi pilihan mereka untuk membuat demonstrasi untuk tujuan ini. Dan seperti biasa juga, masa demonstrasi yang paling digemari ialah selepas solat Jumaat dan
kali ini, ialah pada 13 April, Jumaat ini.
Pelik sekali kerana yang paling kuat menentang Lynas adalah kaum Cina,
tetapi kenapakah demonstrasi ini tidak diadakan di gereja atau di tokong Cina? Kenapa masjid yang menjadi pilihan mereka
untuk membuat kekecohan?
Apakah kerana kaum Cina tidak
akan sekali-kali membenarkan tempat sembahyang mereka dicemarkan dengan politik
kerana mereka sendiri tahu bahawa isu Lynas adalah isu politik dan bukannya isu
kemanusiaan atau alam sekitar?
Jelas sekali bahawa puak-puak PAS dan PKR tidak menghormati masjid dan
dengan sengaja menggunakan solat Jumaat sebagai alat mengumpul orang ramai
untuk tujuan berpolitik. Sekali gus,
tindakan ini juga menjadikan mereka sebagai bersubahat dengan pengkhianat yang
ingin mengsabotaj ekonomi negara sendiri.
Dunia sedang bergelut mencari
bekalan nadir bumi. Di Amerika sahaja
permintaan bagi sumber ini adalah antara 15,000 dan 18,000 tan setahun. Nadir
bumi digunakan untuk membuat berbagai-bagai alatan termasuk magnet paling
berkuasa sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan alatan
komputer.
Sumber nadir bumi adalah penyebab
kenapa barangan elektronik boleh dihasilkan dalam saiz yang teramat kecil. Ia juga digunakan untuk membuat mesin atau
produk yang mesra alam antaranya, sebiji bateri dalam Toyota Prius mengandungi
lebih 20 paun elemen lanthanum dari nadir bumi. Selain itu, ia juga digunakan
untuk menghasilkan keperluan ketenteraan seperti teropong dengan pandangan
malam (night-vision goggles), peluru berpandu dan berbagai-bagai senjata lagi.
Maka, terbuktilah bahawa nadir
bumi merupakan sumber semulajadi yang amat penting di zaman ini, sama
seperti minyak dan gas. Sekali gus
menunjukkan bahawa menentang operasi kilang Lynas adalah sama seperti menolak
rezeki iaitu satu tindakan yang amat bodoh sekali.
Kaum Cina punya agenda sendiri untuk menjaga kepentingan negara asal
nenek moyang mereka, tetapi kaum Melayu
dari PAS dan PKR yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi demi kepentingan orang lain
sehingga mencemarkan masjid, tempat ibadah sendiri adalah manusia yang paling baghal kalaupun
tidak jahil.
Hakikatnya, kilang Lynas adalah
tidak merbahaya dan ia telah pun disahkan oleh badan-badan antarabangsa. Belum
ada sejarah di mana kilang-kilang yang memproses nadir bumi di Amerika, Rusia,
Perancis, Australia, India mahupun China sendiri yang pernah mengalami bencana
sehingga menyebabkan pencemaran radioaktif di negara mereka.
Justeru, bukankah ini membuktikan
bahawa penentang-penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda tersendiri yang
melangkaui publisiti politik?
No comments:
Post a Comment