Pihak penganjur Bersih 3.0
dikatakan meletakkan sasaran kehadiran sekurang-kurangnya 500,000 peserta bagi
menjayakan demonstrasi hujung bulan ini bertempat di Dataran Merdeka.
Sukar dimengertikan daripada mana
logiknya untuk BERSIH 3.0 menghimpunkan 500 ribu orang di Dataran Merdeka
sedangkan kapasiti dataran tersebut hanya mampu menampung kapasiti maksima
hanya sekitar 20,000 orang sahaja termasuk di atas jalan-jalan sekitar dataran.
Adalah lebih wajar sebenarnya
penganjur Bersih 3.0 dan semua pendukungnya yang kemaruk melakukan demo jalanan
sambil duduk bertinggung itu mengalihkan lokasi perhimpunan tersebut ke Stadium
Shah Alam yang luasnya berkali ganda dengan kemampuan memuatkan kapasiti
peserta dalam jumlah besar.
Secara keseluruhan luas kawasan
Stadium Shah Alam termasuk padang tempat letak kenderaan disekitarnya
merangkumi lebihkurang 115,000 meter persegi. Bagi setiap satu meter persegi
boleh memuatkan 3 orang dewasa untuk duduk dan berdiri dengan selesa dan
keseluruhannya boleh menampung anggaran 350,000 orang peserta termasuk 80,000
di dalam stadium dan hampir 20,000 orang lagi di atas padang stadium.
Bersih 3.0 malah Mat Sabu sendiri
yang mewakili Pas mensasarkan 500,000 orang, kapasiti kawasan sekitar Stadium
Shah Alam dan di dalamnya 350,000 dah hampir kepada jumlah yang diidamkan,
sesuai sangatlah tu.
Lagipun dengan lokasi stadium
tersebut yang jauh dari hiruk piruk kesibukan kota, tentu perhimpunan Bersih
3.0 dapat berlangsung dengan tenteram tanpa menyebabkan urusan harian penduduk
terlampau terganggu dengan teruk.
Tapi malangnya Bersih 3.0 tidak
mungkin berani menjadikan Stadium Shah Alam dan kawasan padang letak kenderaan
sekitarnya itu sebagai lokasi perhimpunan kerana mereka tahu dengan keluasan
115,000 meter persegi itu agak sukar untuk menutup keseluruhan ruang kosong
yang ada dengan peserta yang hadir.
Berbeza bila diadakan di Dataran
Merdeka dan kawasan lain Bandaraya Kuala Lumpur, kehadiran yang hanya sekitar
5,000 atau 10,000 orang boleh dikompang besar-besaran kononnya di hadiri oleh
50,000 atau 100,000 orang sekalipun hakikat sebenarnya adalah jauh lebih
rendah.
Tabiat pembangkang khususnya PKR
dan PAS sudah lama kita sedia maklum, suka memperbesarkan cerita dan
menggandakan angka. Lagi satu mereka amat gemarkan perhatian kerana melalui
demonstrasi saja yang akan menunjukkan kepada umum yang mereka sedang bekerja
'untuk rakyat'.
Kita harap pembangkang dan NGO
Bersih yang konon-konon bersih itu ada keberanian untuk mengadakan demo di
tempat mereka iaitu di Stadium Shah Alam supaya segala angka yang digembar
gemburkan nanti tidaklah orang kata terlampau mengarut.
Ada bran? Atau takut banyak lompang kosong yang terdedah dek
kerana kehadiran hanya sekitar 10,000 sahaja nanti?
No comments:
Post a Comment