Riuh rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN
telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima sabtu lalu pun begitu
hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras
kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran
Merdeka.
Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang
ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak
berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas
dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang.
Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN
pelajar yang dikenalpasti sah terlibat di dalam demonstrasi tersebut wajar
dilaksanakan. Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas
menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN.
Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim
walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa
IPTA/S memohon pinjaman PTPTN. Lagipun rata-rata pelajar yang berdemo tempohari
termasuklah yang masih berkhemah di Dataran merdeka sekarang kelihatan seperti
tidak memerlukannya untuk tujuan pengajian.
Lihat sahaja kepada gaya mewah mereka yang memiliki
gadget berharga ribuan ringgit seperti iPhone, iPad dan Galaxy Tab tidak sukar
kita jangkakan ianya dibeli menggunakan wang pinjaman PTPTN.
Di sinilah terletaknya kewajaran untuk pihak PTPTN
menarik balik pinjaman yang diluluskan untuk mereka supaya ianya dapat
dimanfaatkan oleh pelajar lain yang lebih memerlukannya.
Tetapi jika masih ada saki baki wang pinjaman di
tangan mereka, tidak salah untuk PTPTN menuntutnya kembali dan di masa yang
sama mengeluarkan satu pekeliling meminta mereka segerakan pembayaran semula
wang pinjaman yang telah digunakan.
HUTANG WAJIB DIBAYAR, jika gagal atau sengaja dilambatkan pembayarannya
takkan pula mereka mahu membawanya hingga ke liang lahad.
Soal bagaimana mereka mahu mencari pembiayaan bagi
meneruskan pengajian di IPTA/S selepas ini terpulang pada mereka sendiri untuk
memikirkannya. Mereka sendiri yang menolak PTPTN jadi tentu sahaja mereka ada
caranya untuk mencari galang ganti, tak begitu?
Biarkan saja mereka belajar berdikari sendiri
mencari wang ringgit untuk menampung pembiayaan seterusnya atau jika bernasib
baik barangkali Kerajaan PKR Selangor, mahupun DAP ataupun Anwar Ibrahim sendiri begitu
bermurah hati untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka hingga tamat,
itupun kalau tamatlah.
No comments:
Post a Comment