Sekali lagi pihak pembangkang melontar tuduhan terhadap Kerajaan
bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden
parti itu, Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik.
Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan
Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.
Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'.
Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan
kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke
Putrajaya.
Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka, maka diseret
pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk
membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.
Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang
terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO
dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk
politik mereka, walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang
negara ini.
Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat
bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang Kerajaan tanpa apa-apa
sekatan perundangan.
Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka
hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir
dengan rusuhan.
Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan
sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan
tugas mereka turut tercedera.
Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan
video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran
Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.
Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang
peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih
sebagai pemimpin pembangkang.
Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan
kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan
undang-undang.
Malah mereka memperlekehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang
diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti
Bersih 3.0.
Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain
pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai. Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan
negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu.
Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa
kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas
melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.
Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada
kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.
Bak kata pepatah Melayu, siapa yang termakan cili, dialah
yang merasa pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda, 'sendiri buat sendiri
tanggung'.
No comments:
Post a Comment