DALAM keadaan sekarang, di mana imej pasukan polis di mata
penyokong Pakatan Rakyat berada di tahap terendah, sudah tentu ramai yang
terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk
Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat, iaitu
PAS.
Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenarkan
dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik. Itu adalah haknya sebagai individu yang telah
bersara dari pasukan polis.
Nak masuk parti mana pun kita peduli apa, tapi janganlah
bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya
tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.
Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah
bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?
Itu satu hal. Satu
hal yang lain ialah, bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang
pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu,
terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah
lain yang dilakukan mereka sejak 1998?
Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang, iaitu pada
1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai
Ibrahim Libya, menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13
pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut, nescaya tidak ada
alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS.
Sebabnya, kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS
terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman, tapi
lebih dari itu juga.
Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang
mati, dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa
mati syahid? Syahid kerana mereka mati
dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh
kafir ketika itu? Kalau Fauzi
masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut. Ironinya, Hadi juga yang hari ini menerima
borang keahlian Fauzi – bekas pegawai kanan polis.
Dunia,
dunia.
Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh
dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi. Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS
terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS,
terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.
Dengan kekuatan pasukan polis ini diukur dari segi
intergriti dan maruah, tindakan Fauzi ini tidak boleh diterima sama sekali -
walaupun Fauzi memberikan alasan
mahu menerangkan kepada penyokong PAS mengenai jasa dan sumbangan polis yang
mungkin tidak diketahui penyokong parti tersebut (HarakahDaily,
20 Mei 2012).
Apa yang diperhatikan, persepsi penyokong PAS terhadap polis
selepas penyertaan Fauzi masih sama, tidak ada apa yang berubah. Majoriti, berasa ragu-ragu dengan tindakan
Fauzi menyertai PAS. Pada mereka, kalau
dah sekali jadi ‘anjing kerajaan’ (polis), selamanya jugalah akan jadi ‘anjing
kerajaan’ juga. Kelihatannya mereka ini
tidak berkongsi perasaan yang sama dengan kepimpinan tinggi PAS yang bangga
menerima kemasukan ‘anjing’ ini ke dalam parti mereka.
Itu menjadikan kenyataan Fauzi kononnya untuk membetulkan
pandangan ahli PAS terhadap pasukan polis adalah satu kenyataan yang
mengarut. Bukan penyokong PAS tak tahu
yang polis hanya menjalankan tugas seperti yang dibenarkan dibawah
undang-undang, mereka tahu, tetapi semua penghinaan itu masih dilemparkan
kerana mereka tidak berpuas hati niat mereka untuk membuat kacau digagalkan
oleh polis.
Sepatutnya sebagai bekas pegawai tinggi polis, Fauzi perlu
mempertahankan tindakan polis dan mengecam pihak yang melanggar
undang-undang. Ini tidak, Fauzi memilih
untuk bersekongkol pula dengan mereka.
Kalau nak menambah ilmu agama dan sebagainya, ada lebih
banyak badan-badan yang berkecuali seperti Perkim, YADIM atau JAKIM. Kenapa PAS juga yang dicari? PAS tidak langsung berkaitan dengan agama,
kecuali dari sudut pakaian dan perkataan yang ada arab-arab sikit.
PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang
pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang kurang dari itu. Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya,
PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari
perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.
Justeru, kemasukan Fauzi ke dalam PAS adalah untuk mencari
peluang dicalonkan dalam pilihanraya, itu sahaja motifnya. Walaupun dia menafikan, itu bukan suatu yang
mengejutkan. PAS dan munafik adalah
pasangan kembar siam yang tidak boleh dipisahkan malah antara syarat utama
untuk menjadi ahli parti tersebut (tidak terkecuali Fauzi) – kalau boleh
dikatakan begitu.
No comments:
Post a Comment