BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar
dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya
gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,
bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat
Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah
melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari
jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II
Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful
Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
Sementara ramai yang beranggapan,
Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan
Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada
memainkan peranan juga dalam pembebasannya.
Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof,
tidak dapat dipastikan, tetapi kita yakin ada dan semua ini menuntut Yusof
tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai
peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan
peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius
Sekarang fahamlah, kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan
Pendakwaan?
Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan
dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi
alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh
sebaik Anwar diarah untuk membela diri.
Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya
Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun
tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.
Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang
penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes
tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.
Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Kita yakin Yusof, kerana sebagai ketua
pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang
layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.
Semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam
mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat
Saiful.
Yusof tidak perlu
menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang
dilakukannya kelmarin. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia
berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.
Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan
intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai
keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga
dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih
tinggi atau tidak.
Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa
terlibat. Takkanlah semuanya terjadi
secara kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar,
perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.
Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.
No comments:
Post a Comment