Thursday, February 07, 2013

Cabaran Ekonomi Melayu Pulau Pinang: Melayu Yang Berpolemik

Dalam majlis Cabaran Ekonomi Melayu Pulau Pinang, pada 6hb Feb 2013di Dewan Seameo RECSAM, Pulau Pinang, YB Senator Dr. Ariffin S.M. Omar mengkisahkan dan mengakui pedagang-pedagang Melayu silam sebagai hebat!

Namun dilanjutkan lagi, sikap orang Melayu itu "indivividualistic" berbanding kaum Cina yang berdaya "komuniti" dengan 'KONGSI'nya.

Diteruskan pula kegagalan pedagang Melayu secara 'mercantile' tidak tangkas dengan asakan 'Capitalist' lantas kecundang akan bentuk baru cara niaga. Turut  mengundah rasa, pedagang dari luar berbekalkan armada dengan bekalan dan pelbagai barang dagangan yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding pedagang Melayu dan Islam.

Capitalisme berlangsungan sehingga kini telah menceburi bidang kepolitikan dan pentadbiran, terusan mengeruhkan dan menggagalkan jiwa dagang orang Melayu.

Wakil DAP ini, begitu terdorong mengkaitkan prakata-prakata yang besar di zaman Melayu sebelum penjajahan dan kemajuan yang dicapai di bawah hasil pembangunan yang diusahakan Kerajaan Perikatan diterajui UMNO.

Sesi ini telah tersasar dari bicara pokok dan tindakan pantas menanggani kecundang orang Melayu di bidang ekonomi. Lantaran, pengaruh politik yang terbawa-bawa oleh wakil DAP itu, disoal maksud perumahan mampu milik Bumiputera yang bernilai RM400 ribu sebenarnya lebih bersifat sinis kepada orang Melayu malahan ramai penduduk pendapatan sederhana di Pulau Pinang.

Tanpa satu pelan konstruktif, wakil DAP ini, ternyata terperangkap di dalam doktrin DAP.....beri apa sahaja alasan....asal jangan mengaku salah. Jawapan ke atas perumahan yang dimaksudkan secara terang-terangan memperlihatkan kedangkalan dan cetek minda beliau, yang mengkaitkan kos yang tinggi itu adalah disebabkan kos barangan semata. Sedangkan umum, mengetahui kos pembinaan banyak terpengaruh oleh faktor luaran dan faktor langsung bahan binaan dan harga tanah.

Wakil DAP ini, turut terdiam apabila ditanyakan apakah dalam memperkatakan kemurungan ekonomi orang Melayu dan DAP turut mensasarkan agenda sebagai suara orang Melayu?

Apakah perancangan atau modul pembangunan orang Melayu di bandar dan di desa oleh DAP? Jika benar ada, apakah kandungan perancangan tersebut dan di mana dilaksanakan?.....

Terkedu beliau.....jelas DAP hanya bermain perasaan orang-orang Melayu yang mudah terjentik jiwa. Inilah rupa-rupa Melayu yang memasang dakyah Cauvinis dan prasangka serta 'racism' untuk perjuangkan bangsa Malaysia, khususnya orang Melayu?

Seorang ikon Melayu, dikenali sekian lama, memulakan perdebatan beliau, menhimbau sejarah silam Melayu. Berkajang kisahnya....begitu juga leretan saranan dan saranan yang tidak kesampaian ke pucuk pentadbiran.

Sejarah orang Melayu amat kaya dengan peradaban dan kemasyhuran pertukangan. Tamaddun Melayu bukan bermula dengan  Kerajaan Melayu Melaka. Ia telah wujud sejak 2 Masehi dari Kerajaan Sriwijaya dengan hasil ketukangan orang Melayu terdapat di India, antaranya.

Bak kata pepatah Inggeris, "Do not dwell over the past. The past is history." Namun titik tolak kegemilangan
 orang Melayu mesti dicetuskan, mesti dibangkitkan semula dengan 'ROH'nya. Melayu mesti 're generate' kecekalan, kesabaran dan kesatuan mengikut ajaran dan amalan seorang Muslim. Biarlah ada penyuluh jalannya, membimbing dan membantu ke arah Melayu yang kembali gemilang. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Mengutarakan saranan-saranan tanpa sebarang pelan tindakan yang teratur dan juga tindakan susulan selepas saranan-saranan itu dibuat gagal dimanafatkan oleh ramai pertubuhan orang Melayu.

Retorik pada sejarah yang diulang pada pentas yang berbeza tidak menghasilkan satu bentuk minda yang mencambahkan perubahan yang positif. Mungkin ikon tersebut adalah seorang pesimis.....? Apapun yang jelas, beliau terlalu meyakini kebenaran hujahnya, walaupun di dalam sebuah majlis ilmu dan bicara.

Sudah pastinya, ada dua orang lagi penyampai kertas perbincangan. YBhg Datuk Dr Amir Hussein Baharuddin, telahpun menggariskan 150 inisiatif untuk orang Melayu kembali ke trek kegemilangan. Hanya nasib tidak menyebelahi beliau. Kerajaan Pulau Pinang telah berganti tangan kepada Pembangkang yang hanya melalakkan bukit. Tiada sebarang 'constructive efforts/plans' yang kelihatan membantu keadaan orang Melayu, melainkan tindakan menuding jari dan menyalahkan kerajaan sebelumnya.

Sdr Azuddin Jud Ismail, tangkas dengan sinisnya dan kiritikalnya melihat Melayu perlu mengubah 'mind set'. Pelbagai analogi dilontarkan yang ramai tidak duga....jawapan kepada kemelut Melayu berada di dalam jiwa yang dibentuk orang Melayu itu sendiri. Transformasi harus dibuat....bukan dengan alasan atau pujukan....tetapi kesedaran Melayu mesti BANGUN untuk orang Melayu dan oleh orang Melayu.....sebab Melayu itu kaya adat, adab dan kaya Agamanya.....

Orang Melayu jangan lagi menjadi penjaga GOL. Terlalu sensitif dan bersikap tidak apa akan tindakan orang ke atas diri dan bangsanya. Melayu MESTI bangun dari lena yang lama. Bertahan dan kukuhkan pertahanan tidak akan maju bangsa, kecuali ia kejutkan diri untuk menyerang balas, bertindak merebut peluang tanpa was-was, tanpa alasan! The BEST DEFENCE is the to stay on the OFFENSIVE!

Sekalung tahniah pada Flexcap dan GAMIT yang berjaya menggabungkan cambahan minda yang sekian lama tersepi!!!

No comments:

Post a Comment