Friday, February 15, 2013

HUKUMAN MANDATORI BAGI MEREKA YANG MENGHINA ADALAH PENJARA. RAMPAS PASPOT...Pengkhianat dan Penderhaka Negara.

Sepanjang perjalanan, perkesahan dan pemerhatianku...."migratory" manusia tidak pernah berhenti menetap kecuali kekurangan pada aspek yang menjejaskan keperluan kehidupan dan ideologi mereka.

"The Land of Free", berpusu-pusu masyarakat dari serata pelusuk dunia ingin mencari apa yang mereka percayai Amerika Syarikat dapat sedia dan hulurkan kepada mereka sebagai warganya.
Proses tapisan yang begitu tegas adalah untuk memastikan AS, layak kemasukan yang menguntungkan dari segi keselamatan, ekonomi, pengaruh dan pelbagai aspek.

Tiada unsur-unsur etnik diterima di dalam mencorakkan rupabentuk masyarakat AS kecuali acuan yang telah digunapakai sejak 1776. Bahasa yang diterima dan diamalkan hanya SATU. Budaya umumnya....berlegar sekitar campuran pengaruh kolonis Inggeris dan Perancis serta Sepanyol.

Begitu juga keadaan diamalkan oleh UK, Australia, New Zealand dan sebagainya....taruhan pelaburan bukan segalanya, hanya sebagai pembuka jendela untuk mengenalpasti "siapa yang mampu menaburkan kemakmuran" negara.

Perhatikan negara Thailand dari aspek sebuah negara beraja dan budaya yang dekat kepada Malaysia.

Setiap pagi pada jam 8.00, akan berkumandang lagu taat setia kepada Rajanya dan tanahair. Rakyatnya berdiri menghormati dendangan kenegaraan, walaupun di dapur memasak....di Malaysia?

Engkar patuh dan menghormati, walaupun ANDa seorang pelancung, buruk padahnya. Ibarat masuk kandang kambing, menguaklah. Salah kambing, masuk kandang harimau masih hendak menguak!

Kemerdekaan Malaysia yang bersyarat antaranya dengan keizinan Raja-raja Melayu yang tegar pada 7 Wasiat Raja-raja Melayu. Dituruti dengan persetujuan akan kaedah Jus Soli yang telah melupuskan "Bangsa Teras" yakni bangsa Melayu dan hak dan adabnya kecuali di bawah purview dan pemeliharaan Raja-raja Melayu.

Kebangkitan Zaman Darurat pada tahun 1969, telah menterjemahkan Rukun Negara yg diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13 dengan tujuan utama, membentuk perpaduan yang kukuh.


Begitu sekali paspot Malaysia, menjadi komoditi yang paling dihargai dan dicari masyarakat dunia, sedangkan ramai Rakyatnya yang telah terpesong dan terpengaruh terkinja-kinja bagai pelandok yang sudah lupa jerat. Jerat TIDAK lupakan pelandok. Kisah Si Tanggang dan ibarat kacang lupakan kulit.....sebelum mata ramai tertutup disembah dan dihidang, menjadi hidangan Sang Pengkhianat!

 
Bertitik-tolak merubah dan menpengaruhi Rakyat serta simpati ke atas perjuangannya, Anwar Ibrahim berserta konco-conco dan penyokong telah membuka "floodgate" kepada perubahan ideologi "DEMOKRASI Barat".

Ramai semakin berani menderhaka lagi menghina ke bawah DYMM SPBYDP Agung di dalam kancah "migratori manusia" di tanahair....atapatah lagi banyakna di luar negara.

Paling hampir, negara jiran tidak menghormati tetangganya, apalagi rakyat Malaysia yang bermastautin ataupun berkhidmat di sana.

Salahkah Malaysia bertindak tegas, mendaulatkan Raja-rajanya yang sejumlah 9 Raja dan Sultan di 9 buah negeri yang telah mengizinkan bumi ini untuk rakyatnya dari golongan Melayu dan menerima bangsa asing sebagai rakyatnya jua?


Kalau tidak Melayu atau Cina atau India yang telah dimakmurkan merentasi pagar kedaulatan, menghalang, memusnahkan anasir negatif dari berputik lebat....Siapa lagi yang boleh dan diharapkan??? Negara luar....?

Kenapa harus, kita masih berbolak-balik, mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang telah menaungi sejak 55 tahun merdekanya sebuah bangsa dan Negara yang berdaulat?

Akta, Enakmen, telah disesuaikan mengikut peredaran waktu dan kehendak.....namun perlaksanaannya begitu berhati...bak menarik rambut dari tepung. Sedangkan tepung sudah ditumpahkan berselerakan sepenuh rumah!

HUKUMAN MANDATORI BAGI MEREKA YANG MENGHINA ADALAH PENJARA. RAMPAS PASPOT, SELESAI HUKUMAN LEPASKAN DI PASARAN DUNIA....tidak dibenarkan pulang kepada Pengkhianat dan Penderhaka!!!

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

No comments:

Post a Comment