Friday, October 18, 2013

Demi Mencari dan Memastikan Tapak Kuasa....SANGGUP Menyuburkan Sifat Munafik

Memuncak kehangatan PAU terasa di Bahagian Permatang Pauh.

Pelbagai kaedah penyampaian dan hebahan digunapakai, apatahlagi kurang dari 6 jam, tamat tempuh berkempen untuk bertahkta hati akar umbi yang dahagakan pembaharuan dan PERUBAHAN.

Akronim DUIT yang sebenar; Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal.

Tidak dapat dinafikan, serata kerja dalam kempen menaikkan nama dan peluang untuk menabur bakti, wang diserakkan. Apakah itu dikira RASUAH? Mengadakan jamuan sambil berhimpun juga boleh dianggap RASUAH. Mengadakan sesi taklimat atas kertas juga boleh dianggap sebagai RASUAH.

Ini bukan zaman kuno. Zaman 1940an, masyarakat menyanjungi tokoh-tokoh pengharapan kehidupan yang lebih gemilang. Kesanggupan ayahbonda kini sudah berubah.

Wang bukanlah ukuran. Namun, segalanya memerlukan wang. Untuk bergerak. Untuk berkempen. 

Ada Calon yang di saat getir ini, mulai berkata-kata menyampaikan manifesto berulangkali secara SMS...namun tersangatlah retorik sedangkan ketika gemilangnya keramat, Permatang Pauh dulu hingga kini, tetap serupa.

Bila berkedudukan, peluang dilepaskan. Peluang datang kembali, mahu direbuti dengan garapan ruang yang "terlepas pandang".

Benarkah? atau ini dogengan yang diilhamkan individu dan penyokong yang bakal meratah habuan kejayaan. Akar umbi bermata putih lagi. Perhatikan pendengaran di bawah ini.....

https://soundcloud.com/mohd-izam-bin-hassan/tokmatsaad2013-07-29-15-11

Bagaimana kenyatan yang gah berbanding panggilan telepon yang diterima? Orang yang sama.

Untuk hidup perlu IKHTIAR, ada Calon yang julung kali mengadakan Majlis Walimatul Urus pada hari Jumaat malam Sabtu.

Jarang malah tidak kedengaran di Pulau Pinang. Kebetulan? Atau terancang.

Malah terkini, tersebar luas surat layang kepada ahli dan perwakilan, memburukkan personaliti Calon.

Inikah perubahan yang bakal dibawa mereka2 yang ada?
Sekadar melaungkan buruk orang yang didakwa benar, betulkah diri mereka itu?

Amat memalukan, demi memastikan pegangan ekuiti kuasa dan HAK untuk didengar dan MESTI ikut, mereka2 itu beraleh kepada cara lapuk; CHARACTER assassination.

Dua pucuk surat layang telah diterima. SMS berbaur fitnah dan mengeji betapa lagi. Dakwaaan pengirim surat layang turut melampirkan kenyataan siasatan PDRM. Sedangkan kenyataan sedemikian adalah dianggap satu dokumentasi siasatan dalaman ke atas penuduh dan tertuduh.

Integriti dan kesahihan dakwaan mesti diambil tindakan oleh pihak PDRM, yang diheret untuk mengesahkan dakwaan surat layang. Surat layang yang telah diterbangkan sejak tahun 2006.....kembali hinggap untuk PAU 2013.

Apakah tindakkan pihak PDRM? Kita nantikan.

Lebih menghairankan, DATABASE perwakilan dan keahlian yang begitu dijaga, dibocori dan digunapakai untuk menyalur surat dan risalah yang diragukan. Apakah sudah tiada lagi RAHSIA keahlian bila Pemilihan digendangkan?

Bayangkan bilamana, alamat, no. telepon dan nama yang tersimpan sebelum ini. Begitu dijaga, kini tersebar dengan meluas untuk menyampaikan berita yang buruk dan hina ini. Kerahsiaan di peringkat Bahagian dan Perhubungan Negeri, nyata boleh dipersoalkan dengan hadirnya tangan-tangan halus yang menjadi "Puppet Man" dan "King Maker".

Nyata kemurnian dan integriti yang tercalar ini akan mengambil masa dan ketahanan yang lama, untuk mengubati keceluparan dek dahagakan kuasa dan nama.
Harusnya, mereka-mereka yang terlibat dikenalpasti dan dikeluarkan dari kotak pengaruh dan mempengaruhi.



http://wwwlamanislam.blogspot.com/p/jauhkan-aku-daripada-50-tanda-tanda.html?m=1

Isikandung SMS dan surat tidak perlulah diharfiahkan di sini. Cukuplah sekadar memaklumkan, pentas MUNAFIK begitu nyaring dimainkan. 

Saya mencabar Calon yang berjaya, untuk membuat pemutihan ke atas mereka-mereka yang boleh dianggap sebagai elemen cacamarba UMNO Permatang Pauh dan makan keliling.

Kesetiaan hanyalah pada wang RINGGIT dan kerusi untuk mengarah dan menyuruh.

Diperhatikan minda seorang Melayu dan Islam, adabaiknya ...kita halusi HIKMAH dalam sepah kepahitan. Selama lebih 4 penggal...UMNO berpindah tangan di Permatang Pauh...tidak menampakkan kematangan jiwa dan akal.

Benih-benih UMNO dijadikan pusakakepada anak cucu dan kroni berkuasa seperti semakin mendapat tempat dan acara masyarakat yang berpura.

Lebih dan masih mahu berpuak di antara kaum Elit (berkuasa apa shj tanpa dipantau atau hukum) dan akar umbi (dinyahkan dari membutirkan impian, kecuali dimainkan harapan perubahan)

Inilah antara perubahan yang mahu dibawa YAB PM, TRANSFORMASI dan PERUBAHAN.

"MENDEPANI CABARAN TRANSFORMASI" memerlukan jatidiri dan kekentalan jiwa mencongak masadepan yang lebih gemilang di Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment