Wednesday, September 10, 2014

Perjanjian Dimeterai Pedang Dihunus


Tanggal 5 Ogos 1957 Raja-raja Melayu telah memberi perkenannya kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat 7 Wasiat Raja2 Melayu yang berbunyi:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturuan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanye selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera" tujuh pekara itu adalah:


Pertama. 
Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kami pijak dan langit yang kami junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).



Kedua.
Kami istihar dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, **TANAH SIMPANAN MELAYU hingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain.


Ketiga. 
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kami serta hakmilik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari  luar negara.


Keempat.
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA2 MELAYU memerintah negeri ini.


Kelima.
Kami istihar ISLAM adalah  Agama Persekutuan.


Keenam.
Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.


Ketujuh.
Kami amanahkan dan kami pertanggung jawabkan kepada Raja-raja  Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Serawak dengan permasyhuran Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia)".


Menurut Wikipedia Peninsular Malaysia, keluasan Semenanjung Malaysia (dulunya Semenanjung Tanah Melayu) adalah 131,598 kilometer persegi atau bersamaan dengan 32,518,573.928838 ekar keseluruhannya. (1 Square Kilometer = 247.105381 Acres)

**Diandaikan dari jumlah tersebut hanya 50% (yakni sebanyak 16,259,286.964419 ekar) adalah tanah pamah dan sesuai untuk pemilikan dan kediaman.
Maka nisbah 50% tanah dari tanah tersebut (8,129,643.4822095 ekar) telah diwasiatkan sebagai Tanah Rizab Melayu dan bakinya disaingi oleh orang-orang Melayu dan lain-lain masyarakat/kaum.


Merujuk kepada soalan bertulis di Dewan Rakyat

Soalan Lisan no. 61 pada 08 Mac 2011 di Dewan Rakyat

Dato' Johari Abdul (MP Sungai Petani) telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyatakan:-

1. Berapakah luas Tanah Rizab Melayu dalam ukuran di seluruh Semenanjung pada tahun 1957 dan berapakah pula keluasannya hingga 2010; dan

2. Senaraikan keluasan tanah tersebut mengikut negeri.


JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini tidak mempunyai maklumat berkenaan keluasan Tanah Rizab Melayu dalam ukuran ekar di seluruh Semenanjung pada tahun 1957. Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diperolehi pihak Kementerian, keluasan Tanah Rizab Melayu sehingga 31 Disember 2010 ialah berjumlah 7,378,895.89 ekar

b). Keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri sehingga 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

. Negeri Perlis - 92,290.14 ekar;
. Negeri Kedah - 2,146,900.26 ekar;
. Negeri Perak - 354,510.30 ekar;
. Negeri Selangor - 348,889.60 ekar;
. Negeri Sembilan - 30,809.60 ekar;
. Negeri Johor - 99,823.00 ekar;
. Negeri Pahang - 1,069,059.60 ekar;
. Negeri Terengganu - 292.11 ekar; dan
. Negeri Kelantan - 3,233,836.18 ekar;
. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya - 1,985.32 ekar  

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada Tanah Rizab Melayu di negeri Pulau Pinang dan Melaka.

Sekian. Terima kasih.

source: Soal Jawap Dewan Rakyat
From: FAQ Parliament

Pernyataan ini menunjukkan terdapat 2 aspek yang menjadi polemik pemilikan dan hak orang Melayu:

1. Baki sebanyak 751,247.3722095 ekar tidak dikenalpasti dan dimajukan untuk geo-ekonomi Melayu.

2. Walaupun pada dasarnya Tanah Rizab Melayu, namun demi kemajuan ia boleh ditukar dan diganti. Namun persoalannya ialah ADAKAH Tanah Rizab Melayu ITU DIGANTIKAN MENGIKUT KESESUAIAN RUPABUMInya, SAIZnya, HARGAnya dan NILAInya?

Wasiat ini perlu dipatuhi dengan apa cara sekali pun, akur pada bidalan manusia dipegang pada JANJI. 
Negara ini berpusar dengan gabungan Semenanjung Tanah Melayu kepada orang-orang Melayu dan Sarawak serta Sabah kepada anak-anak negerinya.

Pantang Melayu tidak mengikut kata, itu DERHAKA namanya. Pantang Melayu tidak amanah, alamat punah ranah hidupnya!

No comments:

Post a Comment