RIDHUAN TEE ABDULLAH - SEBAGAI umat Islam,
saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu.
Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai
bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada
saya kekuatan Melayu!
Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi
menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan
tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.
Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program
hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil
sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada
kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam
jenis apakah ini?
Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu
semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah
tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu
nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.
Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu
gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak
melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai
simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga
menjadi rekod dunia.
Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus
dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan
tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di
laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum
yang lain.
Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra
kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya
dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh,
syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang,
jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu,
adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?
Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua
orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal
lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai
dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib,
solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar
dan Maghrib?
Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan
pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang
mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita
menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang
lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah
mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.
Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman
sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit?
Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu
tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga
kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?
Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah
lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di
peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?
Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita,
perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh
menyelamatkan Melayu.
No comments:
Post a Comment