Wednesday, December 10, 2014

Uber dan Malaysia

Uber kembali menghangatkan keadaan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Satu jenama yang sering berkunjung dan ditatapi peminatnya di stadium malah di depan kaca televisyen. Setiap empat tahun sekali, kita perhatikan anak-anak gadis Malaysia mencuba nasib merintis keringat.

Itulah Piala Uber, kejuaraan beregu untuk wanita yang diperkenalkan pada tahun 1956 dan dilaksanakan bersama dengan Piala Thomas sejak tahun 1984. Kemuncak kejuaraan di arena sukan Badminton Dunia. Namun pasukan badminton kebangsaan belum pernah memasuki separuh akhir apatah lagi ke pusingan akhir sejak Piala Uber mula dipertandingkan. Terbaikpun pencapaian adalah pada tahun 2010 apabila terkandas di peringkat suku akhir.

Jadi apakah sensasi Uber yang dikatakan dewasa ini? Ada lagi Uber dalam bentuk lain?

Uber merupakan syarikat perkhidmatan sewaan kenderaan awam di mana terdapat dua perkhidmatan di Malaysia iaitu UberX dan juga UberBlack. UberX merupakan perkhidmatan bajet di mana caj yang dikenakan adalah RM1.50 dan seterusnya caj dikira berdasarkan jarak perjalanan dan masa iaitu RM0.55/km + RM0.20/min.
Manakala UberBlack mengenakan caj premium dengan penawaran kereta premium – bermula pada kadar asas RM3.00 dan dikenakan penambahan sebanyak RM1.15/km + RM 0.35/min.
Perkhidmatan pengangkutan ‘Uber’ dilancarkan menerusi online untuk kawasan Lembah Klang dan juga menerusi media sosial.
Sumber: BERNAMA

Pada 28hb Ogos 2014, BERNAMA melapurkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan Uber telah melakukan beberapa kesalahan dalam menjalankan perkhidmatan mereka dan mereka (Uber) perlu mematuhi undang-undang di Malaysia untuk meneruskan perkhidmatan tersebut.

Menurut SPAD lagi, Uber melakukan beberapa kesalahan, dan antaranya adalah menggunakan kenderaan peribadi untuk mengambil penumpang awam, selain beberapa pemandu dibawah perkhidmatan tersebut yang turut tidak mempunyai lesen memandu PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam).
Pihak Uber telah gagal dihubungi untuk mendapatkan memberikan respon kepada reaksi SPAD. Berdasarkan peruntukan yang telah diamalkan, Uber tidak mengikuti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan, maka tiadalah jaminan perlindungan untuk jangka panjang bagi orang ramai dan panduan yang digariskan SPAD selama ini.
Perkhidmatan Uber juga seolah menempelak pengusaha teksi sah dengan kehadiran Kereta Sapu Haram. Jom! Kita analisa senario dan kebimbangan pihak SPAD juga masyarakat umum.
Pertamanya; Uber menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu". Persoalannya, adakah kenderaan persendirian telah dipantau dan diluluskan oleh pihak berwajib seperti PUSPAKOM, untuk memastikan kenderaan berkenaan selamat untuk digunakan membawa penumpang?
Kedua; Sebarang perkhidmatan kenderaan persendirian yang dibayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendek kata ia adalah “Kereta Sapu”. Manusiakah kita menutup periuk nasi pemandu-pemandu teksi yang berdaftar (punyai permit dan patuhi lunas undang-undang)? Hanya kerana megnurut pada era global dan teknologi, kita mengHALALkan yang tidak Sah!

Ketiga; Di bawah perkhidmatan kereta "Sewa dan Pandu" adalah satu kesalahan digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. Maka wajar syarikat yang ingin memulakan perniagaan serupa di Malaysia, berdaftarkan secara SAH dengan permit perkhidmatan yang dimiliki seperti pemandu-pemandu teksi Rakyat Malaysia yang lain.

Keempat; Pemandu Uber tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) dari siasatan SPAD. Ini jelas merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987. Andai berlaku sebarang kegiatan jenayah, sesungguhnya pelanggan terpaksa menanggung risikonya. Seperti biasanya pihak berkuasa dan Kerajaan akan dipersalahkan! Lihat keresahan di India semalam, pemandu teksi Uber disyakki merogol seorang penumpang wanita. Betapa riuhnya, nanti?

Kelima;Pemandu kenderaan Uber juga penumpangnya tidak dilindungi insurans kenderaan ATAUpun pemeriksaan kebolehgunaan kenderaan tahunan oleh pihak PUSPAKOM. Bila difikirkan kenapa penumpang menggunakan khidmat Uber dan merelakan nyawa mereka dijadi galang ganti?

Penumpang dan pengguna khidmat Uber harus bertanggungjawab dan berfikiran jauh apabila memilih khidmat teksi sah dan “Kereta Sapu HARAM” Uber. Undang-undang sudah diperkenalkan, penguatkuasaan bukan tugas sebelah pihak sahaja.


Eager seller. Eager Buyer. Tiada permintaan tiadalah perbekalannya.

No comments:

Post a Comment