Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Gereja Holy Family, Kajang
Anjuran : Biro Integrasi PKR Nasional
Kehadiran : 1,200 orang (M: 1%, C: 60%, I: 30, Lain2: 9%)
1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
2. Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor
3. Ganabatirau, EXCO Negeri Selangor
1. Dalam ucapan ringkasnya Azmin Ali menyatakan pendirian Kerajaan
PR Negeri Selangor untuk meraikan kepelbagaian agama, sambil mengungkapkan
kata-kata lebih kurang berbunyi..."sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles
must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we
(PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my
words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.
2. Anwar Ibrahim menyentuh mengenai kedatangannya ke Gereja Holy
Family ini ketika kempen PRK DUN Kajang kira-kira sepuluh bulan lalu, UMNO
menyerangnya habis-habisan menggunakan TV3 dan menyatakan kononnya inilah cara
berpolitik di Malaysia menggunakan isu agama dan kaum yang perlu ditentang oleh
rakyat pelbagai kaum. (disambut tepukan gemuruh). Bahkan, Anwar Ibrahim
menyatakan bahawa dia tidak bimbang diambil gambar berlatarbelakangkan palang
Jesus dibelakang pentas gereja ini.
3. Anwar Ibrahim menyebut tentang persamaan antara Islam dan
Kristian iaitu orang Kristian menyebut Jesus tetapi orang Islam menyebut Nabi
Isa a.s., sambil mengambil contoh di Turki, Kamal Attartuk tidak membezakan
antara Islam dan Kristian untuk meraih keamanan yang tulin (the real piece).
4. Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia bertanya kepada Azmin Ali,
mengapa susah sangat untuk mengembalikan 351 bible tersebut kepada pihak
gereja, itu hak mereka dengan kata-kata lebih kurang berbunyi..."for me,
there is no problem to distribute the bible even though in Malay language, no
problem at all. Why it's happen in multiracial country like us. That why, we
must against racism and fight for freedom in this country. (disambut tepukan
gemuruh)
5. Di akhir ucapannya, Anwar Ibrahim menyentuh perbahasan mengenai
Bajet 2015 di Parlimen bahawa dia membangkitkan tentang ketidak-adilan kerana
pengecualian cukai hanya diberi kepada badan-badan Islam sahaja. Kenapa tidak
diberi kepada badan-badan agama Hindu, Buddha, Kristian dan agama lain?
Ulasan :
1. Anwar Ibrahim membakar semangat anti Islam dikalangan orang
Kristian khususnya dan mengajak mereka menentang Kerajaan Barisan Nasional yang
didakwa kononnya tidak berlaku adil kepada agama lain.
Inikah orang yang akan memastikan Islam sebuah Agama yang dijaga
martabatnya? Di mana puak PAS yang zuhud sebagai pejuang Islam, membenarkan
Anwar Ibrahim; Ketua Umum pakatan mereka untuk meletakkan Islam sama kedudukan
dan dihina?
Sudah jauh pegangan Anwar Ibrahim....hanya
untuk diagungkan pejuang kehendak Manusia yang hipokrit.
Ternyata Anwar Ibrahim tidak memainkan peranan sebagai seorang berAgama Islam dan memartabatkan agama dalam urusan untuk berkuasa di Malaysia dan bagi umat Islam seluruhnya.
Ternyata Anwar Ibrahim tidak memainkan peranan sebagai seorang berAgama Islam dan memartabatkan agama dalam urusan untuk berkuasa di Malaysia dan bagi umat Islam seluruhnya.
No comments:
Post a Comment