Wednesday, January 28, 2015

Bantuan USD100,000 DiHulur Kedutaan China

Hubungan diplomatik antara Negara China dan Malaysia sering diuji dengan pelbagai acid test. Pelbagai pihak cuba mengadudomba hubungan baik yang terjalin semula sejak tahun 1974 dengan pertemuan Tun Razak dan Zhao En Lai. Namun acapkali juga persefahaman yang sentiasa dijaga, berjaya menangkis niat jahat yang ingin meretakkan hubungan baik itu.

Kedutaan China ke Malaysia  telah menyumbang sebanyak USD100,000 apabila melihatkan sahabatnya melalui detik-detik cemas ancaman bencana banjir terburuk yang melanda negara.

Duta China ke Malaysia Tuan Huang Huikang begitu prihatin dengan keadaan banjir di Malaysia, telah menjawap soalan yang diajukan pihak pemberita kenapa Negara China membantu Malaysia, sebagai berkata


Duta China ke Malaysia itu berpendapat, adalah menjadi kewajipan samada kerajaan mahupun pemimpin politik, hendaklah bersama apabila rakyat memerlukan mereka. Di sinilah menunjukkan sebuah kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab ke atas rakyatnya.

China sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di atas semangat persaudaraan dan bersiap sedia menolong MCA meringankan beban mangsa banjir sekiranya permintaan dikemukakan, kata Huikang lagi.

Tiga syarikat milik China memberikan sumbangan termasuk CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd yang menyumbang RM500,000, China Railway Construction Corporation Malaysia turut menyumbang RM300,000 beserta 10,000 batang lilin dan Beijing Urban Construction Group Malaysia menyumbang RM100,000.

Kementerian Luar China pula telah menghantar mesej takziah kepada Malaysia, manakala Red Cross Society of China telah menderma AS$100,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, dipercayai sumbangan kepada pertubuhan luar negara yang pertama. Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan rakyat kedua-dua negara. 

Kedutaan China di Malaysia telah memperuntukkan RM50,000 kepada tiga kawasan bencana yang teruk dan pasukan tarian China telah menyatakan akan mendermakan sebahagian perolehan daripada pertunjukannya di sini untuk mangsa banjir.

Di dalam kesempatan itu, Duta Negara China ke Malaysia telah mengajak rakyat Malaysia mengambil aspirasi dari ‘bencana memupuk semangat waja’ dan mewakili kerajaan China mengucapkan Selamat Tahun Baru dengan harapan tahun 2015 bakal membawakan keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada Malaysia.   

China tidak akan membiarkan Malaysia bersendirian menghadapi cabarannya. Sedang begitu tinggi pandangan dan penghargaan negara luar ke atas YAB Perdana Menteri dan Malaysia, ada pula beberapa kumpulan individu bersikap negatif serta tidak sensitif di atas malang yang menimpa mangsa-mangsa banjir.

Usahlah dipertikai dan difitnah sesuatu yang tidak benar semata-mata taksub dengan fahaman yang dibuat-buat. MCA; parti politik kaum Cina tanpa rasa penat telah membuktikan kesungguhan dan kemurnian perpaduan mereka.

Tepuk dada, tanyalah selera. Jangan kerana tak pandai menari, lantai pula disalahkan.

No comments:

Post a Comment