Showing posts with label Bantuan Banjir. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Banjir. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Setinggi Penghargaan Buat Sukarelawan PLKN

Keadaan bencana banjir telah menguji kesiapsiagaan menghadapi sesuatu situasi. Sejumlah lebih dari 240,00 orang sukarelwan yang telah didaftarkan melalui IM4U sejak bulan Mei 2013, kini terserlah kemampuan semangat kesukarelawannya.

Dengan kerjasama IM4U dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menerapkan pengenalan iM4U kepada pelatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini berjumlah 730,000 ahli termasuk alumni PLKN sebagai sukarelawan IM4U. 

Bekas pelatih PLKN seramai 200,000 orang Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) telah bergiat dalam bidang sukarela sejak ditubuhkan pada tahun 2012. BSKN merupakan sebuah badan yang dianggotai bekas pelatih PLKN bertujuan menggerakkan alumni PLKN dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.

Keupayaan sukarelawan tersebut membuktikan kewujudannya dalam situsai yang mendesak dan memerlukan, lebih-lebih lagi ketika berlakunya bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah 81 kem PLKN di seluruh Malaysia mencerminkan kesungguhan Kerajaan melalui MLKN menjalankan latihan khidmat negara berdasarkan falsafah Rukun Negara di samping melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri melalui aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan.



Jelas sekali semangat yang dipupuk ini bakal melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada Negara di masa hadapan. Semoga pelatih-pelatih PLKN akan membawa semangat kesukarelawanan ini apabila mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan terus berkhidmat melalui melalui badan-badan kebajikan apabila mereka keluar dari pengajian kelak.

Terima kasih di atas sumbangan bakti yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir.


Misi Bantuan Ke Pantai Timur Yayasan Mesra

Banjir besar kali ini amat menguji ketahan fizikal dan minda mangsa banjir dan tidak lupa kepada sukarelawan. Negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang saban tahun melalui situasi banjir. Ditambah dengan Perak juga Johor di kawasan tanah rendah dan berhampiran sungai.

Banjir sudah semakin surut, pada 8hb Januari lalu, kesempatan diambil konvoi Yayasan Mesra bergerak ke Tanah Merah, Kelantan dengan muatan seberat 10 tan barangan bantuan untuk diagihkan di kawasan yang dituju. 

Destinasi konvoi bantuan Yayasan Mesra telah singgah ke Dewan Insaniah, Kg Kelewek, Kelantan di bawah Parlimen Tanah Merah disambut Ahli Parlimennya, YB Datuk Ikmal Hisham.
 
Selain dari Gua Musang dan Kuala Krai, Tanah Merah juga paling teruk terjejas di mana ia adalah di antara daerah yang dilalui Sungai Kelantan. Selain bantuan, kakitangan Yayasan Mesra turut mengadakan ziarah mesra ...

Bantuan seumpamanya dapat meringankan kesulitan mangsa-mangsa banjir dan cerminan kesyukuran terserlah di wajah-wajah mereka.

                                Prihatin seorang pemimpin berteraskan Rakyat jelas terserlah


Ahli Parlimen Kota Tinggi; YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin sama-sama membantu menguruskan bantuan konvoi Yayasan Mesra. Kebetulan rombongan sukarelawan dari Parlimen Tasek Gelugor yang dikepalai YB Datuk Hj Shabudin  hadir sama dan mengembeling tenaga menghulur bantuan kepada mangsa banjir, bertambah erat dua ahli Parlimen membantu di sana.


Berat sama dipikul. Ringan sama dijinjing. Kerja yang berat kalau ramai-ramai membantu akan bertambah mudah. Begitu juga pepatah “Dicubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya.” 

Sekalung ucapan syabas kepada warga Yayasan Mesra yang membanting tenaga meringankan keperitan yang ditanggung mangsa banjir, terutama buat Pengerusinya; Datuk Ehsanuddin yang berkerja keras melunaskan tanggungjawab sebagai seorang insan kepada insan yang memerlukan.

Bantuan USD100,000 DiHulur Kedutaan China

Hubungan diplomatik antara Negara China dan Malaysia sering diuji dengan pelbagai acid test. Pelbagai pihak cuba mengadudomba hubungan baik yang terjalin semula sejak tahun 1974 dengan pertemuan Tun Razak dan Zhao En Lai. Namun acapkali juga persefahaman yang sentiasa dijaga, berjaya menangkis niat jahat yang ingin meretakkan hubungan baik itu.

Kedutaan China ke Malaysia  telah menyumbang sebanyak USD100,000 apabila melihatkan sahabatnya melalui detik-detik cemas ancaman bencana banjir terburuk yang melanda negara.

Duta China ke Malaysia Tuan Huang Huikang begitu prihatin dengan keadaan banjir di Malaysia, telah menjawap soalan yang diajukan pihak pemberita kenapa Negara China membantu Malaysia, sebagai berkata


Duta China ke Malaysia itu berpendapat, adalah menjadi kewajipan samada kerajaan mahupun pemimpin politik, hendaklah bersama apabila rakyat memerlukan mereka. Di sinilah menunjukkan sebuah kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab ke atas rakyatnya.

China sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di atas semangat persaudaraan dan bersiap sedia menolong MCA meringankan beban mangsa banjir sekiranya permintaan dikemukakan, kata Huikang lagi.

Tiga syarikat milik China memberikan sumbangan termasuk CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd yang menyumbang RM500,000, China Railway Construction Corporation Malaysia turut menyumbang RM300,000 beserta 10,000 batang lilin dan Beijing Urban Construction Group Malaysia menyumbang RM100,000.

Kementerian Luar China pula telah menghantar mesej takziah kepada Malaysia, manakala Red Cross Society of China telah menderma AS$100,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, dipercayai sumbangan kepada pertubuhan luar negara yang pertama. Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan rakyat kedua-dua negara. 

Kedutaan China di Malaysia telah memperuntukkan RM50,000 kepada tiga kawasan bencana yang teruk dan pasukan tarian China telah menyatakan akan mendermakan sebahagian perolehan daripada pertunjukannya di sini untuk mangsa banjir.

Di dalam kesempatan itu, Duta Negara China ke Malaysia telah mengajak rakyat Malaysia mengambil aspirasi dari ‘bencana memupuk semangat waja’ dan mewakili kerajaan China mengucapkan Selamat Tahun Baru dengan harapan tahun 2015 bakal membawakan keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada Malaysia.   

China tidak akan membiarkan Malaysia bersendirian menghadapi cabarannya. Sedang begitu tinggi pandangan dan penghargaan negara luar ke atas YAB Perdana Menteri dan Malaysia, ada pula beberapa kumpulan individu bersikap negatif serta tidak sensitif di atas malang yang menimpa mangsa-mangsa banjir.

Usahlah dipertikai dan difitnah sesuatu yang tidak benar semata-mata taksub dengan fahaman yang dibuat-buat. MCA; parti politik kaum Cina tanpa rasa penat telah membuktikan kesungguhan dan kemurnian perpaduan mereka.

Tepuk dada, tanyalah selera. Jangan kerana tak pandai menari, lantai pula disalahkan.

Bantuan Banjir DiHulur Tanpa Prejudis

Malapetaka banjir yang melanda negara di pantai timur timur tidak mengenal mangsa. Di lembah, kampung mahupun bandar. Tidak juga mengenal warna kulit, bangsa mahupun Agama di dalam laluannya. Ada mangsa yang terpaksa menahan lapar dan kelembapan tanpa bumbung untuk berteduh. Jalanraya atau denai tambahan lagi kawasan pedalaman yang jauh dari kemudahan perhubungan dan jalanraya.

Begitulah pengalaman yang dialami petugas-petugas dan sukarelawan MCA yang dikenali juga sebagai Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) sewaktu menghantar barang bantuan ke perkampungan orang Asli di Gua Musang. Perkampunag orang Asli di situ yang dianggarkan terdpat lebih kurang 20 perkampungan dengan 2000 orang penduduk.

Mangsa banjir dari golongan orang Asli yang terputus bantuan, telah dihulurkan bantuan oleh Sukarelawan CRSM dengan kenderan pacuan empat roda (4WD) walaupun sering terhenti akibat keadaan laluan yang dalam berlumpur. Namun segala penat lelah diabaikan demi satu pertanggungjawaban dan prihatin kepada mangsa banjir yang terputus dari dibantu sebelum ini. Keadaan perjalanan yang amat mencabar dan ekstrem tersebut begitu memerlukan keupayaan kenderaan 4WD yang lebih lasak untuk siri bantuan yang selanjutnya.

Dalam keadaan yang sukar di 12 perkampungan, sukarelawan CRSM terpaksa menurunkan barangan bantuan di sebuah depoh di tengah jalan manakala orang-orang perkampungan Asli terpaksa berjalan kaki ke depoh berkenaan untuk mendapatkan barangan bantuan di sana.

Sehingga 16hb Januari, pihak CRSM telah Berjaya menghantar melebihi 1 ribu tan barangan ke kawasan banjir dengan nilaian lebih dari RM1.8 juta.

Thursday, January 08, 2015

Di Sini Membantu. Yang Di Sana Memekak

Dalam kesibukan mengirim bantuan ke kawasan yang dilanda banjir. Perlu difikirkan juga ada keperluan lain yang bakal ditanggung IbuBapa kepada waris mereka yang bakal memasuki persekolahan pada hujung minggu ini di sekolah-sekolah yang sudah mulai dikemaskan dek menyediakan perkembangan minda dan pelajaran untuk masa depan mereka.

Di Bilik Gerakan CRSM Banjir 2014, kepimpinan MCA masih terus gigih tampil ke hadapan berusaha mendapatkan bekalan uniform sekolah untuk dihantar ke kawasan banjir secepat mungkin, supaya pelajar dapat kembali ke sekolah dalam pakaian sekolah baru. Sedangkan sikap berlaian yang diambil oleh pihak DAP yang kononnya amat prihatin dan menjadai suara untuk semua.

Bantuan pasca banjir yang disumbangkan komponen parti BN, jelas membuktikan kesungguhan mereka menjiwai dan membela semua kaum. Bukan retorik dan gempaq Keling serta tin kosong Pembangkang.

Rakyat yang bersyukur mampu menilai usaha murni. Tidak terpedaya dengan kata nesta yang tidak lekang dilemparkan pihak Pembangkang, lebih-lebih lagi oleh DAP.

MemFITNAH dan bersahaja bukan budaya di dalam Barisan Nasional. Pastinya, MCA telah menangkis dakyah yang hanya ingin memburukan segala usaha kemasyarakatan dan mendahulukan kepentingan Rakyat, lebih-lebih mereka yang amat memerlukan bantuan di saat kesusahan sebegini.

Usaha dan semangat kesukarelawan inilah yang membezakan masyarakat yang membantu dengan mereka yang giat memekik kesalahan sambil berpeluk tubuh. 

MCA Meneruskan Sumbangan Bantuan Ke Pantai Timur

Dalam menghadapi bencana banjir yang menimpa ramai rakyat di pantai timur, tanpa mengira perbezaan bangsa atau fahaman, MCA Pusat terus menabur bakti dan bekerja keras untuk membantu meringankan kesukaran mangsa musibah terburuk kali ini.

Di Kuala Krai, YB Datin Mei Fun turut meringan tulang bersama Sukarelawan dari MCA, CSRM dan lainnya membersihkan sekolah bagi memudahkan murid-murid sekolah yang bakal menempa sesi persekolahan nanti.

Dalam satu sidang media di NSK Selayang pada 6hb Januari baru lalu, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong memaklumkantadi masalah yang dihadapi oleh sukarelawan MCA ialah tiada bekalan air di Kelantan, terutamanya di kawasan Kuala Krai. Ini menyebabkan kerja pembersihan menjadi sukar hinggakan sukarelawan MCA tidak berpeluang mandi sehingga mereka pulang semula ke Kuala Lumpur. 

Pihak Air Kelantan digesa memandang berat hal asasi ini dan tidak lepaskan tanggungjawap kepada pihak lain.

Sejak MCA melancarkan bilik operasi bantuan banjirnya pada Disember lalu, bantuan telah datang mencurah-curah daripada pelbagai NGO dan sektor swasta membuktikan kerjasama dan keprihatinan usaha MCA dalam saat yang memerlukan.

Terkini syarikat NSK Trade City dan180 syarikat pembekalnya tampil ke depan untuk menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan.

Ini adalah sumbangan kali ketiga buat NSK Trade City kepada mangsa banjir dengan jumlah nilaian melebihi RM200 ribu.

Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman, biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA; YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali.

Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah Urusan NSK Encik C.B. Lim.

Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Diantaranya termasuklah Mahsing, Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics