Wednesday, January 28, 2015

Misi Bantuan Ke Pantai Timur Yayasan Mesra

Banjir besar kali ini amat menguji ketahan fizikal dan minda mangsa banjir dan tidak lupa kepada sukarelawan. Negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang saban tahun melalui situasi banjir. Ditambah dengan Perak juga Johor di kawasan tanah rendah dan berhampiran sungai.

Banjir sudah semakin surut, pada 8hb Januari lalu, kesempatan diambil konvoi Yayasan Mesra bergerak ke Tanah Merah, Kelantan dengan muatan seberat 10 tan barangan bantuan untuk diagihkan di kawasan yang dituju. 

Destinasi konvoi bantuan Yayasan Mesra telah singgah ke Dewan Insaniah, Kg Kelewek, Kelantan di bawah Parlimen Tanah Merah disambut Ahli Parlimennya, YB Datuk Ikmal Hisham.
 
Selain dari Gua Musang dan Kuala Krai, Tanah Merah juga paling teruk terjejas di mana ia adalah di antara daerah yang dilalui Sungai Kelantan. Selain bantuan, kakitangan Yayasan Mesra turut mengadakan ziarah mesra ...

Bantuan seumpamanya dapat meringankan kesulitan mangsa-mangsa banjir dan cerminan kesyukuran terserlah di wajah-wajah mereka.

                                Prihatin seorang pemimpin berteraskan Rakyat jelas terserlah


Ahli Parlimen Kota Tinggi; YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin sama-sama membantu menguruskan bantuan konvoi Yayasan Mesra. Kebetulan rombongan sukarelawan dari Parlimen Tasek Gelugor yang dikepalai YB Datuk Hj Shabudin  hadir sama dan mengembeling tenaga menghulur bantuan kepada mangsa banjir, bertambah erat dua ahli Parlimen membantu di sana.


Berat sama dipikul. Ringan sama dijinjing. Kerja yang berat kalau ramai-ramai membantu akan bertambah mudah. Begitu juga pepatah “Dicubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya.” 

Sekalung ucapan syabas kepada warga Yayasan Mesra yang membanting tenaga meringankan keperitan yang ditanggung mangsa banjir, terutama buat Pengerusinya; Datuk Ehsanuddin yang berkerja keras melunaskan tanggungjawab sebagai seorang insan kepada insan yang memerlukan.