Wednesday, January 28, 2015

Hakisan Tanah Di Bentong?


Susulan kejadian hujan lebat selama beberapa hari, tapak pembinaan jambatan baru Sungai Bentong, Pahang telah menghadapi masalah tanah jerlus yang kritikal menyebabkan semua kenderaan yang ke Raub atau ke Kelantan melalui Bandar Bentong terpaksa dilencongkan ke jalan alternatif Felda Sertik – Mempaga – Kg Lebu – Raub.


Menyedari perkara ini serius dan melibatkan kawasan Parlimen beliau, Dato' Seri Liow terus bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri masalah yang sedang dihadapi.
Setibanya di tempat kejadian, Dato Seri telah diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah Bentong; Dato Azhar dan YDP Majlis Daerah Bentong; Muhammad Shahid mengenai laluan alternative untuk kegunaan penduduk Bentong dan kawasan sekitarnya.

Jelas sekali, YB Dato Seri Liow Tiong Lai begitu prihatin dan mengambil berat terhadap isu yang melibatkan kawasan Parlimen beliau, walaupun keadaan itu kurang impaknya berbanding bencana banjir di pantai timur di dalam masa yang sama.


Berbeza sekali dengan sikap pemimpin Pembangkang yang kerap mengambil sikap sambil lewa atau mempolitikkan keadaan sambil mengharapkan pihak lain untuk menjalankan tanggungjawab.

Pastikan PRU 14 nanti, hanya pemimpin yang berusaha demi kesejahteraan Rakyat terpilih berbanding yang banyak beralasan dan tidak kisahkan Rakyat dan kerap menjaja Fitnah.


No comments:

Post a Comment