Wednesday, January 28, 2015

Bantuan Banjir DiHulur Tanpa Prejudis

Malapetaka banjir yang melanda negara di pantai timur timur tidak mengenal mangsa. Di lembah, kampung mahupun bandar. Tidak juga mengenal warna kulit, bangsa mahupun Agama di dalam laluannya. Ada mangsa yang terpaksa menahan lapar dan kelembapan tanpa bumbung untuk berteduh. Jalanraya atau denai tambahan lagi kawasan pedalaman yang jauh dari kemudahan perhubungan dan jalanraya.

Begitulah pengalaman yang dialami petugas-petugas dan sukarelawan MCA yang dikenali juga sebagai Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) sewaktu menghantar barang bantuan ke perkampungan orang Asli di Gua Musang. Perkampunag orang Asli di situ yang dianggarkan terdpat lebih kurang 20 perkampungan dengan 2000 orang penduduk.

Mangsa banjir dari golongan orang Asli yang terputus bantuan, telah dihulurkan bantuan oleh Sukarelawan CRSM dengan kenderan pacuan empat roda (4WD) walaupun sering terhenti akibat keadaan laluan yang dalam berlumpur. Namun segala penat lelah diabaikan demi satu pertanggungjawaban dan prihatin kepada mangsa banjir yang terputus dari dibantu sebelum ini. Keadaan perjalanan yang amat mencabar dan ekstrem tersebut begitu memerlukan keupayaan kenderaan 4WD yang lebih lasak untuk siri bantuan yang selanjutnya.

Dalam keadaan yang sukar di 12 perkampungan, sukarelawan CRSM terpaksa menurunkan barangan bantuan di sebuah depoh di tengah jalan manakala orang-orang perkampungan Asli terpaksa berjalan kaki ke depoh berkenaan untuk mendapatkan barangan bantuan di sana.

Sehingga 16hb Januari, pihak CRSM telah Berjaya menghantar melebihi 1 ribu tan barangan ke kawasan banjir dengan nilaian lebih dari RM1.8 juta.