Tuesday, January 27, 2015

SPAD dan Pengguna Berdaya Informasi

Penyampaian maklumat semakin menjadi satu kemestian dewasa ini. Satu kaedah menyampai dan menerima informasi di antara dua belah pihak; pengguna dan pengaturcaranya. 

Apa pentingnya hubungan atau rangkaian maklumat? Ia seharusnya bersifat kebolehan untuk interaksi dan penyaluran maklumat yang semasa (current) serta diambil tindakan segera (responsive) oleh pihak yang berkaitan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan aplikasi mySPAD iaitu perkhidmatan bergerak yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam seperti bas, teksi, rel dan terminal.
Pengerusi SPAD; YBhgTan Sri Syed Hamid Albar berkata, aplikasi ini dibangunkan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri di bawah inisiatif myGov bertujuan memberikan perkhidmatan mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam dengan mudah, tepat dan di mana jua.
"Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini termasuklah bagi pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan perjalanan rel serta maklum balas kepada SPAD," katanya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) boleh dihubungi melalui talian darat mahupun laman sesawang yang berikut di http://www.spad.gov.my/ 

Terkini SPAD telah memuatnaik aplikasi untuk pengguna telefon mudah alih atau Smartphone bagi kegunaan orangramai 24/7.

"Aplikasi ini disediakan dalam versi Android dan boleh dimuat turun dari 'Google Play Store' dilihat mampu dimanfaatkan oleh pengguna perkhidmatan awam dan juga pelancong asing bagi membantu mereka mendapatkan maklumat pengangkutan awam dengan mudah, menurut kata Tan Sri Syed Hamid. 
Aplikasi mySPAD ini juga merupakan satu inisiatif bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai terutamanya pelancong bagi menggunakan perkhidmatan awam di negara ini.

Bagi aplikasi platfom Android, sila klik:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.crespro.myapp.spad&hl=en

Manakala aplikasi platfom IOS/Apple, klik pada:  
https://itunes.apple.com/my/app/myspad/id694977876?mt=8

Langkah bijak bagi menjamin keselamatan penumpang serta memudahkan mereka membuat aduan dan sekali gus dapat diambil tindakan segera oleh SPAD

Aplikasi ini dilihat dapat melancarkan pergerakan rakyat tempatan serta memudahkan urusan pelancong asing di negara kita.










No comments:

Post a Comment