Monday, January 26, 2015

Strategi Mapan Ekonomi Negara

Dikongsikan intipati Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai Perkembangan Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara bertempat di Hall B1, Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya pada 20hb Januari 2015

Strategi I
Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan

i. Mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-impot seperti perkapalan, perkhidmatan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini adalah bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar

ii. Menyegerakan perlaksanaan cadangan daripada National Export Council - membantu pengekspot PKS untuk mendapat projek-projek baru, mempergiat promosi ekspot di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika, memperkenalkan SME-Go dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Ekspot serta program promosi PKS ke luar negara

iii. Menambah baik "last mile connectivity" ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, menaik taraf terminal kereta api Padang Besar, menambah baik kecekapan operasi proses impot - ekspot, menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara

iv. Mempergiat keseluruhan industri pelancongan negara

v. Mengambil langkah untuk kaji semula kadar levi ke atas pekerja asing

vi. Visa percuma kepada pelancong asing terutama daripada Negara China

Bagi meningkatkan penggunaan swasta, langkah tersebut diambil :-

a) Memberi keutamaan kepada kontraktor kelas F, E dan D yang berdaftar dengan CIDB untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan terjejas akibat banjir

b) Mempergiat promosi pembelian barangan buatan Malaysia

c) Meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan Mega di seluruh negara

d) Mempergiat promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif

e) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan komuniti Ekonomi Asean

Untuk merancakkan pelaburan swasta, kerajaan bakal :-

i) Menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 Bilion kepada PKS dalam sektor perkhidmatan dan pembiayaan maksimum RM5 juta dan jaminan kerajaan sebanyak 70%

ii) Menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara

iii) Mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik dan harga gas untuk industri pada tahun 2015.

iv) Memperuntukkan 30 % daripada perbelanjaan tahunan agensi kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan kepada PKS tempatan

v) Mempergiat penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan dalam perolehan kerajaan

Strategi II
Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Untuk meningkatkan hasil kerajaan, langkah yg diambil :-

i) Meluaskan asas percukaian dgn menggalakan lebih byk syarikat berdaftar dgn Kastam, ini dapat  meningkatkan hasil kutipan GST

ii) Meningkatkan kutipan dividen drp GLC dan GLIC serta Badan Kerajaan lain - RM400 juta

Langkah rasionalisasi perbelanjaan :-
i) Mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat - jimat RM1.6 Bilion

ii) Menangguhkan PLKN 2015 - jimat RM400 juta

iii) Kaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC dan Tabung Amanah Kerajaan - jimat RM3.2 Bilion

iv) Menjadualkan pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian dan kenderaan - jimat RM300 juta

Strategi III
Penyediaan Bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan serta membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir

i) Peruntukkan terkini yang diluluskan - RM787 juta kepada MKN

ii) Peruntukan awal RM800 juta untuk baiki dan bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan

iii) Menyediakan RM893 juta untuk projek tebatan banjir tahun 2015

iv) Membina rumah kampung bertiang kepada mangsa banjir yang mempunyai tanah sendiri, termasuk juga menyerahkan 1000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang, bantuan RM500 kepada setiap mangsa dan RM5,000 kepada ahli keluarga yang meninggal dunia

v) Bagi mereka yang mengusahakan perniagaan dan terjejas akibat Banjir, tambahan RM100 juta untuk TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia disediakan untuk pinjaman mudah kepada PKS

vi) BSN, Agro Bank, SME Bank, Tekun dan AIM akan tangguhkan bayaran balik pinjaman sehingga 6 bulan

vii) Bank Negara akan tubuhkan Special Relief Facility berjumlah RM500 juta untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar 2.25 peratus serta penangguhan tempoh bayaran balik sehingga 6 bulan

viii) Bank Rakyat akan tawarkan Skim Pinjaman Peribadi hingga RM50,000 pada kadar keuntungan 3.9 % dan bayaran balik 6 bulan selepas pengeluaran

xi) RM500 juta disediakan oleh Institusi Kewangan dengan jaminan pembiayaan 70 % di bawah Skim Jaminan Bantuan Banjir - diuruskan oleh ProKhas

x) Pengecualian bayaran levi oleh Majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh 6 bulan di kawasan terjejas berkuatkuasa 1 Feb 2015

Menyedari Belanjawan 2015 dan perbendaharaan Negara semasa, tindakan YAB Perdana Menteri amat bertepatan menggariskan pelan tindakan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mapan.

No comments:

Post a Comment