Monday, February 23, 2015

Indeks Syariah Malaysia Dilancarkan

Perdana Menteri, YAB DatoSeri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah yang telah berlangsung awal Februari tahun 2014, telah membibitkan penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa.

Sebagai antara peserta di majlis tersebut, kini terbukti sudah saranan itu menjadi satu kenyataan bersempena Majlis Perdana Ulama dan Umarak 2015 di Dewan Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

"Saya telah maklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Februari ini (Selasa) ini saya akan melancarkan Indeks Syariah Malaysia bersempena dengan Majlis Perdana Ulama-Umarak 2015 pada 10 hb Februari lalu.

Kita sedia maklum sebagai sebuah kerajaan yang didokong oleh UMNO, komitmen kita  untuk memartabatkan bukan sahaja syiar Islam tetapi syariat Islam sesuai dengan Fasal 3 Perlembagaan parti adalah merupakan satu komitmen yang  kita telah tunaikan selama ini.

Tetapi ia tidak dilakukan penanda aras khususnya dalam  lima perkara yang berkaitan dengan Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Indeks ini akan melibatkan lapan sektor utama iaitu pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan alam sekitar, perundangan, kesihatan, politik, budaya dan sosial.

Maka apabila kita melakukan perkara ini Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang akan mempunyai Indeks Syariah.

Selepas ini kita harap indeks ini boleh diterima pakai oleh negara-negara Islam yang lain.

Kita juga berharap dengan adanya penanda aras ini maka ia menunjukkan dengan jelas bahawa dari segi pengisian Islam itu apa yang kita telah laksanakan selama ini." begitulah saranan dan harapan YAB Perdana Menteri, DatoSeri Haji Mohd Najib.



No comments:

Post a Comment