Sunday, February 22, 2015

Siri 12, Kumpulan 1 PLKN DiTutup Penuh Syahdu


Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN); YB Datuk Hj Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid, dalam ucapan penutupan tamat latihan Program Latihan Khidmat Negara  (PLKN) Kumpulan 1, Siri 12 Tahun 2015 berkata mengingatkan para belia di dalam majlis berkenaan adalah golongan yang terpilih dan amat bertuah kerana tujuan program PLKN adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat kental, berkeyakinan, setia kepada negara, sentiasa menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk semangat cintakan negara, memupuk sifat kesukarelawanan dan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk.


Kata-kata semangat itu disematkan dengan harapan dapat memberi keinsafan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan dapat disuburkan oleh pelatih-pelatih PLKN di dunia luar apabila mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Upacara perasmian penutup yang telah diadakan di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa, Alor Gajah Melaka itu adalah bagi kumpulan terakhir tahun ini setelah YAB Perdana Menteri ketika membentangkan perkembangan ekonomi semasa dan kewangan negara bulan lepas, menangguhkan program PLKN.

Datuk Hj Ehsanuddin turut ditemani isterinya, Datin Hajah Zubaidah Binti Haji Kassim bagaikan IbuBapa yang melawat dan memberi kata-kata semangat yang tinggi kepada anak-anaknya (pelatih PLKN) dengan penyampaian sijil penyertaan sebagai simbolik intergrasi nasional yang hebat.

Keputusan itu bagi membolehkan pihak Kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan dan membolehkan program PLKN dikaji semula dan dilakukan penambahbaikan.


“Tragedi pencerobohan oleh warga asing di Lahad Datu adalah contoh klasik penggugatan ke atas keamanan negara jika kita gagal memelihara dan mempertahankan kedaulatannya…” begitu antara lain yang dikongsikan Datuk Ehsan.oleh  setahun yang lalu yang telah membunuh dan mencederakan anggota pasukan keselamatan.

PLKN berjaya memupuk semangat kenegaraan di kalangan pelatih-pelatih PLKN dan mereka digalakan untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan menyumbang bakti secara melibatkan diri melalui program-program kesukarelawan.

PLKN membawa seribu macam kenangan. Pelbagai anggapan dan prasangka. Kalau sebelumnya, masing-masing bersikap tidak bersatu hati dan berpuak. Kesudahannya melalui PLKN, intergrasi kaum berjaya dibentuk. Perpisahan suatu yang menyedihkan bila mengenang kehidupan melalui getir latihan diharungi bersama.

Sifat kasih sayang tanpa mengira kaum atau bangsa ataupun Agama. Hinggakan air mineral dikongsi untuk meredakan kehausan.

Hari ini kita susah. Rakan datang membantu. Esok mungkin hari beliau memerlukan sokongan dan bantuan. Inilah resam dan budaya rakyat Malaysia yang diabadikan semula.

No comments:

Post a Comment