Monday, February 23, 2015

Usahasama MSM Dan Al Khaleej DiBatalkan

Malaysia's MSM scraps pact with Dubai's Al Khaleej to build sugar refinery


Begitulah tajuk berita yang dibawa agensi berita Reuters mengenai hasrat MSM Malaysia Holdings Berhad membatalkan perjanjian usahasama dengan syarikat Al Khaleej International dari Dubai untuk membina kilang pemprosesan/penapisan gula seperti di http://www.reuters.com/article/2015/02/18/malaysia-msm-idINL4N0VS2UN20150218

Alasan kukuh yang diberikan menyebut, 

"... due to the fact that this project is of national interest, MSM has decided to undertake the construction of a sugar refinery complete with logistic complex and vessel terminal in Tanjung Langsat, Johor without partnership," MSM said, without giving further details.

Keputusan ini dibuat berkemungkinan besar setelah diamati beberapa faktor yang tidak disedari atau diperhalusi awalnya oleh pihak Ahli Lembaga Pengarah.
Memandangkan 'gula' adalah antara komoditi yang amat penting di dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia, maka ia menjadi satu perkara yang amat sensitif serta di antara produk yang dikawal harga barangan dan diberikan subsidi oleh Kerajaan Malaysia. Tidak hairanlah anak syarikat FELDA ini menimbangsemula impak dari bentuk kos barangan dan yang berkaitan jika usahasama ini diteruskan.
Pastinya Al Khaleej International dengan pegangan 49% saham akan menilai pelaburannya dan ini bakal memberi kesan yang tidak selesa dalam kawalan harga 'gula' baik untuk pemegang saham mahupun pengguna di Malaysia, khususnya.
MSM Malaysia Holdings Berhad perlulah "dig deeper" mencari teknologi terkini dan mengendali sendiri projek yang sebegini rupa yang dijangka menelan belanja di antara $250-270 juta apabila siap dibangunkan pada tahun 2016 nanti.
Satu tindakan berani telah dibuat dan tahniah buat Ahli Lembaga Pengarah MSM Malaysia Holdings Berhad mengambil langkah yang 'bold' membelah masuk industri ini secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment