Friday, February 20, 2015

Musim Perayaan, Anda Statistik Kemalangan?



Setiap kali musim perayaan, maka kelihatan bagai satu perarakan atau pesta di jalanraya seluruh negara. Dari lebuhraya hingga ke jalanraya utama/persekutuan malah ke jalanraya negeri, bagaikan satu fenomena sikap orang Malaysia berubah menjadi mementingkan diri sendiri.

Kelibat anggota pengguatkuasa Polis trafik yang sinonim dengan pematuhan had laju terpaksa memikir luar kotak minda kaedah dan cara untuk memastikan kepatuhan oleh pengguna jalanraya seperti yang digambarkan....hmmm begitu sekali sikap pengguna yang semakin "self centered"...


Sikap alpa dan pentingkan diri bukan sahaja merugikan diri sendiri tetapi juga hartabenda dan nyawa orang lain yang tidak BERDOSA. Maka bertimbang rasa dan bersabarlah bila di jalanraya.

YB Dato' Sri Liow Tiong Lai; Menteri Pengangkutan ketika melancarkan kempen keselamatan jalanraya di peringkat kebangsaan dengan bertemakan "Bertimbang Rasa di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa" amat prihatin akan keadaan sedemikian.

Kesedaran dan sikap timbang rasa pemandu-pemandu adalah poko utama dan perlu dikesankan di dalam kempen sebegini.

1. PDRM dengan Ops Selamat Ke-6 

2. JPJ dengan Ops Bersepadu
-  Fokus utama pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama-sama AADK.
-  Di setiap 30 km di jalan-jalan utama negeri.
- Operasi dijalankan sepanjang 24 jam, 16 jam dan 8 jam bergantung kepada lokasi, pemeriksaan secara rawak dan memasang 'blinkers'.
-  Ahli Skuad Muda JPJ seramai  500 orang melibatkan orang awam bersama-sama anggota JPJ dan JKJR

3. SPAD akan mengawal dan pantau kegiatan 'ulat tiket', pantau teksi di pusat bandar dan pemeriksaan lesen perubahan sementara. 

4. Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bersiap sedia 24 jam untuk bantuan kecemasan. Bilik gerakan dibuka 24 jam dan rondaan di lokasi kemalangan tinggi.

Langkah-langkah lain;
· Kenderaan barangan dilarang berada di jalanraya pada 17 dan 18 Februari serta 21 dan 22 Februari.
· Kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan dan jalan negeri diberhenti dari 12 hingga 26 Februari.
· Penurunan had laju 10 km/j bagi jalan persekutuan dan jalan negeri.

Kesemua langkah keselamatan ini dipantau dan dinilai MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia) dan dilakukan sebelum dan sepanjang tempuh Ops Tahun Baru Cina. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan operasi terhadap perubahan tingkah laku, persepsi serta kadar kemalangan dan kematian.

Kerajaan dan penguatkuasaan berkala tidak mampu mengelak kejadian kemalangan jalanraya. Untuk memastikan keselamatan ketika berada di jalanraya terutama ketika musim perayaan, kita sebagai orang awam juga perlu sama-sama dalam merubah sikap dan amalan budaya memandu secara
berhemah dan berdisplin.



"Keselamatan Jalanraya Adalah TANGGUNGJAWAB Kita BERSAMA! itu adalah pesanan dari Dato' Sri Liow kepada semua pengguna jalanraya.

Jangan Biarkan Orang Di Rumah Menanti Dalam Kesedihan.

Jangan Biarkan Diri Anda Sebahagian Dari STATISTIK!.

No comments:

Post a Comment