Thursday, March 26, 2015

Gutter Politics Amalan DAP

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa  telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah terhadap Naib Presiden MCA, YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dengan mengatakan Mei Fun telah mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke Timur Tengah  yang mana dilihat akan mempengaruhi pelajar melalui fahaman fahaman  keganasan.

Dalam satu kenyataan akhbar balas yang dibuat, Mei Fun begitu kesal dengan cara Ahli Parlimen DAP yang mana bertindak melulu tanpa mengambil kira perasaan rakyat dan kesan buruknya.
Dakwaan DAP langsung tidak berasas & bertaktik kotor 
Rencana Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa dalam media web Free Malaysia Today (4 Mac 2015) yang membidas kononnya saya pernah mengeluarkan pernyataan mendesak kerajaan menghentikan penghantaran pelajar-pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah agar mereka tidak diracuni fahaman serta propaganda pengganas adalah tidak berasas sama sekali. 
Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah sesekali mengeluarkan pernyataan seumpama itu dan oleh itu langsung tidak faham bagaimana Er dapat menulis bidasannya yang panjang lebar itu tanpa usul periksa sebagaimana sifat asasi yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang wakil rakyat. Perbuatan ini nyata tidak bermoral. 
Dengan segeranya, DAP serta mana-mana pemimpinnya mestilah menghentikan taktik kotor seperti ini untuk memburuk-burukan MCA dan memutar-belitkan fakta untuk menghasut serta membakar sentimen para penyokong DAP. 
Perbuatan Er Teck Hua memfitnah saya khususnya adalah satu bentuk pembunuhan karakter yang keji. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan mahukan Er menarik balik pernyataannya itu serta merta dan meminta maaf secara terbuka. Tindakan undang-undang boleh diambil jika beliau ingkar. 
Bertentangan daripada terus memainkan politik kotor, ada baiknya DAP berkhidmat secara bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat. Ingatlah bahawa sekarang bukan lagi tempoh ‘bulan madu’ DAP. Lambat-laun rakyat akan sedar dan membuat penilaian prestasi parti itu. Politik fitnah pasti ditolak. 
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Naib Presiden MCA
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Bagaimanapun susulan kepada penafian fitnah itu, Err sepantas kilat sekadar membuat permohonan maaf yang dirakamkan dan disiarkan melalui lidah pengarang pro pembangkang; MalaysiaKini dan menyebut;
“Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya. Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya."
Sikap pembangkang sebegitu memperlihatkan ketidak matangan politik dan kerap menyentuh perasaan orang lain. Tindakan sedemikian membuktikan pihak pembangkang tidak telus atau mempedulikan nasib rakyat yang mereka wakili yang bakal mencetuskan pergeseran antara kaum.

Kepada pengundi dan rakyat berwaspadalah dengan tindak-tanduk dan sikap acuh tidak acuh pembangkang yang hanya bersikap "melukut di tepi gantang", oportunis yang yang berpura-pura prihatian dan membela keperluan dan kepentingan umum.

Hakikatnya, mereka lebih berupa gagak hitam yang menganggap dirinya putih. Fitnah, tipu daya, putar belit fakta asal hasrat dan cita-cita mereka tercapai.

Pilihan terletak di tangan Rakyat. Salah pilih...sesal kemudian tiada gunanya.

No comments:

Post a Comment