Wednesday, March 25, 2015

Jihad? Benarkah Perjuanganmu? Bhgn 1

Mutakhir ini terdapat aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Wahabbi, Syiah dan Islam liberal melanda negara hinggakan ada sebahagian masyarakat Muslim yang terpengaruh. Tidak terkecuali juga mereka yang berlainan agama melihatkan aliran dan fahaman tersebut sebagai satu resolution kepada ketenangan jiwa yang sebenarnya lebih bersifat escapism dari realiti kehidupan. 
Melihatkan senario yang semakin membimbangkan itu, TV3 melalui siri wawancara 'Soal Jawab' telah mengutarakan topik untuk dibicarakan 'Jerat Islam State (IS)' dan dibarisi beberapa panelis antaranya, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia; YBhg Dato' dr. Mashitah Ibrahim.

Kebimbangan Dr. Mashitah jelas terpamir dengan fahaman yang mengkaitkan dengan Islam tetapi hakikatnya adalah fahaman "extremist". Islam adalah agama yang mencerminkan kesederhanaan dan bertoleransi. Jauh sekali umat Islam diajak mahupun diajar untuk meyakiti dan bertindak liar dan mengganas jauh dari amalan Islam yang sebenar. Lebih-lebih lagi apabila seorang yang berJIHAD adalah seorang pengganas atau militan di kacamata orang luar dari umat Islam.

Dalam ertikata sebenar Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia; menegakkan 'Ad Din' (agama) Allah atau menjaga Ad Din terus utuh dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, mensucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yakni menjadi khalifah Allah di mukabumi. Amalan Jihad adalah amalan paling tinggi dalam islam.

Ektrimisme melampau itu menjadi buah mulut dan igauan ramai bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh peta dunia. Minda golongan muda terutamanya mudah terdedah dan mempercayai sesuatu yang menjurus kepada menuntut hak secara fizikal. Kumpulan-kumpulan militan di timur Tengah berjaya menyusup ke dalam negara dan secara maya, menjanjikan ganjaran yang tidak benar, merekrut warga Malaysia untuk turut sama angkat senjata dengan kematian seorang yang Syahid (martyr) dan dijanjikan Syurga bersama perjuangan IS di Syria. 

Kebelakangan ini juga, semakin banyak berita dilaporkan tentang penglibatan warga Malaysia dalam kumpulan militan di Timur Tengah. Ada juga yang menjadi agen merekrut warga negara ini untuk turut serta mengangkat senjata bersama IS di Syria. Ada juga penahanan beberapa warga Malaysia yang cuba menyelinap masuk ke Syria namun berjaya dihidu pihak berkuasa.

Yang lebih usia, yang sudah berkeluarga, yang pergi tanpa berita. Malah ada yang telah tiada akibat peperangan tanpa kewajaran Agama. Pelbagai persoalan bermain di minda, bagaimana mereka mudah terpengaruh?

Mari kita ikuti beberapa soalan yang diajukan dan pandangan YBhg Dr Mashitah, agar kita dapat kongsikan bersama saudara mara di sekeliling. 
'Jerat Islam State (IS)' satu pembohongan. Jangan terpedaya.

TV3 : Tiadakah sekelumit IS ini menggambarkan Islam selain dari namanya Islam walaupun matlamatnya untuk membentuk khalifah?


DMI : Ia cuma pada nama sahaja dan tidak sedikit pun menggambarkan Islam kecuali yang diceritakan bahawa perjalanan mereka itu akhirnya masuk
syurga. Mereka ada kesedaran tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar. Kesedaran yang ada pada mereka pula dirasakan bahawa Islam ini mesti dengan kekerasan dan kesusahan. Kononnya lebih keras maka lebih Islamlah seseorang itu. Maka apakah tiada langsung ciri-ciri Islam dalam IS itu, jawapan saya, ia amat terpesong di mana mengajak seseorang itu ke arah kekerasan bukanlah yang dianjurkan Islam yang sebenar.





TV3 : YB Senator menyatakan syumulnya agama Islam dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw. Kita faham bahawa agama Islam ini penuh dengan mesej kedamaian dan kesejahteraan tetapi mengapa ia begitu mudah dipesongkan dan peliknya setelah dipesongkan ada pula di kalangan umat kita yang mahu mempercayainya?

DMI : IS ada penyelewengan, salah faham, penindasan, ada unsur pelampau, tapi diterima walaupun kita tahu itu bukan Islam. Kenapa boleh diterima?

Puncanya berlaku kerana Islam ini bukan agama warisan. Kebanyakan kita dilahirkan Islam. Islam warisan bukan Islam pilihan. Ambil kesempatan dan tidak belajar Islam itu sendiri. Fahaman-fahaman yang datang menyebabkan kita mudah mengikut. Mereka mengikut kerana mereka tidak belajar dan mencari jalan ekpres ke syurga dengan mati berjihad. Fanatik seseorang itu dalam satu-satu fahaman.

Sedangkan Islam yang sebenar perlu belajar dan kaji sedangkan Nabi S.A.W pun belajar dari Jibrail. Baginda pun pernah membawa Jibrail kepada sahabat-sahabatnya.

Tetapi generasi sekarang ini, peroleh ilmu dari internet tanpa berguru dan terus menerima. Kita kena balik semula dan belajar dari guru-guru.

Negara IS, apa yang sebenar nak dicapai? Negaranya Islam tetapi penganut dan tindak-tanduknya tidak Islam. Membakar dan membunuh sesama sendiri. Semua ini tidak pernah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w mahu pun ajaran Islam.

Pokok pangkalnya kembalikan Islam sebagai indah dan sucinya agama ini yang inginkan kedamaian.


credit juga kepada http://mantra-indeeptots.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment