Wednesday, March 25, 2015

Jihad? Benarkah Perjuanganmu? Bhgn 2

sambungan Jihad? Benarkah Pejuanganmu? Bhgn 1


 TV3 : Jika kita ingin mencari punca dan salah siapa, dari segi apakah kegagalan dunia Islam dan pendidikan Islam sehingga mampu melahirkan kumpulan songsang dan terpesong akidahnya seperti IS ini?

DMI : Satu forum ulama-ulama besar di Kaherah, bertanyakan soalan yang sama. Pendidikan Islam ini di mana silapnya? Imam besar al Azhar beri pandangan bahawa, silapnya kita ini dari pendidikan yang perlu dirombak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Saya juga sama-sama terfikir, di manakah silapnya ini? Silapnya ialah bila sampaikan Islam ini lebih kepada hukum. Dosa pahala dan syurga neraka, itu yang menjadi konsentrasi di dalam menyampai dan mendidik masyarakat Islam. Sedangkan Islam itu sebenarnya ialah cara hidup dan dalam segala apa urusan harian mengajar kitabagaimana untuk menjadi khalifah yang baik.

Apa yang dibincang oleh ulama hari ini, bagaimana untuk merombak semula pendidikan yang tidak hanya bercakap soal dosa pahala tetapi bercakapbagaimana Islam ini sebagai satu cara hidup. 

Sahabat Rasulullah saw, Muaz pernah bertanya, "Ya Rasulullah... tunjukkan aku bagaimana cara nak masuk syurga supaya tak masuk neraka?", lalu Nabi terduduk dan bersabda, "Inilah soalan yang paling dahsyat. Soal syurga dan neraka adalah milik Allah. Apa yang perlu dibuat ialah jaga akidah, jaga rukun Islam dan sebagainya, banyak cari pintu-pintu kebaikan."

Kita perlu balik kepada penyampaian agama agar ia tidak berlegar pada soal hukum semata-mata.

Keduanya, kita harus bersaing dengan medium yang ada pada hari ini. Kita hanya menyampai ajaran agama di sekolah ugama dan sebagainya, pada masa
yang sama, media internet diguna dengan sepenuhnya untuk menyampaikan fahaman-fahaman yang salah dan tidak dijawab dengan lambakkan dan
segera fahaman sebenar. Dunia sekarang remaja lebih mudah mendapatkan maklumat dan memilih sumber internet walaupun berkemungkinan ia adalahsalah.

Anak-anak remaja sememangnya mempunyai semangat untuk menyumbang tetapi apabila disalurkan kepada yang tidak baik, ia cukup membahayakan. 
Saya bersetuju apabila disarankan untuk menyemak semula korikulum Islam dan perlu ikut medium semasa yang ada.

TV3 : Kita dikejutkan dengan seorang anak gadis yang berumur 14 tahun, hampir terlepas ke Syira untuk berkahwin dan kemudiannya menyertai perjuangan IS. Apa sebenarnya sehingga mereka tertarik dengan Pak-Pak Arab di sana atau jerat apa sebenarnya gunakan untuk menarik ramai wanita dan gadis-gadis muda ini mengikuti perjuangan mereka?
DMI : Sebenarnya bukan sahaja rakyat Malaysia yang tertarik tetapi ramai juga dari Timur Tengah dan Barat. Pertamanya, aspek jiwa kosong remaja yang mudah mengikut di mana mereka ditawarkan satu harapan dan adanya idola, mereka mudah terikut. Contohnya juga seperti fanatik ikutan K-Pop. Bagi IS pula, kata-kata menarik seperti, "... datanglah kepada saya, saya tidak akan beri ganjaran apa-apa kerana kamu akan menjadi isteri solihah disampingku di dunia dan bersama di syurga."

Keduanya, faktor tarikan agama kerana kebanyakan yang terpengaruh adalah di kalangan mereka yang bermasalah seperti kecewa, pernah terjerumus dalam perkara-perkara salah tetapi ingin bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenarnya.

Ketiganya pula, aspek pengaruh media sosial di mana lambakkan dengan fahaman yang tidak betul dengan mudahnya. Contohnya apabila digoogle perkataan Islam, pelbagai lambakkan maklumat.

TV3 : Bagaimana membendung penyampaian maklumat yang tidak pasti kesahihannya melalui teknologi yang dikuasai remaja hari ini?
DMI : Media Sosial ini nampaknya kita tidak boleh ambil mudah dan dipandang enteng. Jika tidak disekat, sebenarnya kita sedang memberi laluan yang sangat mudah kepada agenda IS ini.

Satu klip video di laman sosial di mana memperlihatkan bagaimana pejuang IS ini telah ditembak dan hampir mati dan diambilkan wudu', dan setelah solat dalam keadaan terbaring dan luka parah, mati menutup mata tersenyum. Video itu ditonton beribu-ribu pelayar sosial media dalam masa beberapa jam sahaja. Ini membuktikan betapa cepatnya memberi pengaruh kepada ribuan penonton kononnya pejuang IS telah mendapat syahid seperti SaidinaHamzah.

Walaupun seseorang itu berada di penjara tetapi mampu diakses oleh orang ramai melalui media sosial. Ancaman seperti ini perlu disekat dan disaring.

TV3 : Apakah perlu kita mendidik umat Islam di negara kita terutama dari segi pengertian jihad, syurga neraka. Apakah perlu diberi satu penekanan
semula agar mereka betul-betul memahaminya?
DMI : Ia sangat 'crucial'.Andainya kefahaman sebenar tidak diberikan, maka takrifan-takrifan di media sosial dijadikan rujukan.

Apakah takrifan Islam mengenai mereka yang mengebom diri mereka sendiri? Apakah tepat istilah Jihadist yang gemar digunakan Barat? Apakah benar pengganas dan ekstrimis ini adalah Jihadist?

Perlu sangat-sangat diberi fahaman sebenar mengenai jihad, perjuangan, negara Islam berdasarkan kepada hadis dan al quran. Pengalaman para sahabat juga perlu dikongsi supaya masyarakat lebih faham.

Perlunya diberi kefahaman bagaimana Islam yang dibawa Rasulullah itu adalah agama yang murni dan boleh diterima baik oleh musuh dan kawan. Tetapi hari ini, yang dihidangkan adalah permusuhan yang akhirnya menjadi kerugian kepada umat Islam sendiri.

TV3 : Bagaimana YPPM dapat meningkatkan dakwah agar maksud-maksud yang terpesong ini boleh dihindarkan dan mentransformasikan pendidikan agama ini
bolehh dilakukan di peringkat organisasi supaya Islam lebih difahamai?
DMI : Salah seorang pejuang IS yang telah meninggal dunia datang dari salah satu pondok di Kedah, sangat mengejutkan. YPPM merasakan satutanggungjawab.

Pertama YPPM mendekatkan diri dengan semua sekolah-sekolah pondok dengan mendapatkan pandangan mereka dan mendengarpermasalahan mereka untuk diselesaikan bersama.

Imej sekolah pondok perlu dihindarkan dari dibabitkan dengan keganasan terutamanya IS. Yang berlaku hanya segelintir kecil sahaja, namun ia boleh menjejaskan imej pondok dan yakin sekiranya fahaman agama sebenar disebarkan, kita tidak akan mudah terpesong dengan fahaman-fahaman IS itu sendiri.


No comments:

Post a Comment