Tuesday, March 24, 2015

Sekalung Terima Kasih Buat PM

Susulan kepada keputusan Jemaah Menteri, semalam yang telah memutuskan semakan tambang baru bagi teksi diteruskan mengikut jadual, pemandu-pemandu dan pihak berkepentingan di dalam industri tersebut dapatlah bernafas lega.

Dalam temubual melalui telefon pagi tadi bersama Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA); En Mohd Syahrir Hj Abd Aziz, selaku Pengerusinya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri; Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak memutuskan semakan tambang baru bagi perkhidmatan teksi diteruskan sebagaimana diumumkan pada Khamis lepas oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

Mohd Syahrir mengesahkan penglibatan persatuan dengan SPAD sejak tahun 2013, telah menyampaikan fakta dan hakikat sebenar mengenai kenaikan kos operasi secara keseluruhan menjejaskan "take home imcome" yang tidak berpadanan sejak 6 tahun lalu.

Kajian yang dijalankan SPAD bukanlah satu usaha sembrono tapi telah digembelingkan usaha semua golongan seperti kajian oleh pihak universiti, pengusaha dan persatuan teksi, pengguna juga NGO diambilkira sebelum satu kadar yang jelas dan tidak menjadi bebanan lebihan melalui pelbagai kaedah dan ukuran yang relevan dan bertepatan.


PETEKMA percaya harga tambang baru ini tidak menjejaskan industri...lebih-lebih lagi memandang mereka turut memberi perkhidmatan khusus kepada golongan tertentu dan tetap yang turut merasakan keperluan perkhidmatan yang lebih berdaya saing.

Mohd Syahrir turut melahirkan rasa kesalnya kerana terdapat beberapa kepimpinan seolah menangguk di air keruh, kerengsaan yang dialami pihak pengusaha dan pemandu teksi untuk "political mileage" sedangkan mereka tidak berperanan atau membantu meredakan keadaan yang dialami pihak industri.

Tambah beliau lagi, pihak pemandu teksi bukan sekadar memberikan perkhidmatan kepada pihak pengguna tapi turut sama-sama menyampaikan maklumat dan menjelaskan polisi kerajaan. Tindakan beberapa kepimpinan seolah gagal memupuk solidariti dan sokongan terhadap YAB PM dan ini nyata membimbangkan.

Sebenarnya YAB PM menyedari keadaan yang mendesak di dalam industri teksi malah telah dipaparkan secara meluas sejak tahun 2013 lagi. Infomasi berada di hujung jari untuk disemak dan disahkan. 

Janganlah cepat melatah dan menjadi Hero Ekspres melewati sempadan urusan kementerian lain. Masing-masing punyai tugas yang jelas mengikut KPInya. Diharap pengalaman yang ada diambil iktibar untuk mengukuhkan sokongan pentadbiran Kerajaan demi Rakyat.

Terima kasih penulis kepada pemberita AgendDaily News, berkongsikan temuramah ini.