Tuesday, March 24, 2015

Semakan Tambang Teksi DiKekalkan

Sesudah menilai dan meneliti keadaan dan semakan tambang baru yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) oleh Pengerusinya; YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar pada hari Khamis yang lepas, satu ketetapan telah dibuat jemaah menteri dan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawap ke atas SPAD.

Berikut adalah kenyataan media untuk makluman ramai.


KENYATAAN MEDIA


Putrajaya – Merujuk kepada keputusan Jemaah Menteri pada
20 Mac 2015 yang lalu, dimaklumkan bahawa pelaksanaan semakan tambang baru untuk perkhidmatan bas ekspress dan rel telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri juga, semakan tambang baru untuk perkhidmatan teksi sepertimana yang telah diumumkan pada
19 Mac 2015 akan diteruskan pelaksanaannya.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) ditalian 03-2726 7000 atau emel ke communications@spad.gov.my.
  
YB HAJAH NANCY SHUKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

23 Mac 2015

No comments:

Post a Comment