Monday, March 16, 2015

Sita Teksi Guna Treler

Perkhidmatan teksi selain bas merupakan antara tulang belakang pengangkutan awam negara. Lebih-lebih lagi perkhidmatannya amat didambakan di bandar-bandar yang pesat sosio-ekonominya.

Sebagai galakan dan prihatin Kerajaan Malaysia di dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada industri teksi, skim seperti program Bantuan Tayar Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA) dilaksanakan.


Namun begitu, perkhidmatan teksi tanpa mengguna meter terus menjadi isu, maka pelbagai usaha banteras gejala engkar dan tahan terpaksa dijalankan bagi memastikan para pengguna diberikan kemudahan seperti yang telah dijanji dan diakui oleh pihak pengusaha dan pemandu teksi.

Turut dirujuk http://www.spad.gov.my/sites/default/files/dasarpelesenanrev1.pdf 

Sebagai pihak bertanggungjawap dan mengguatkuasa, baru-baru ini pada 11hb Mac, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan satu operasi bagi dikenali sebagai Ops Tegas; Banteras Teksi Tidak Menggunakan Meter sebagai salah satu operasi sendirian.

Ini adalah hasil lapuran yang terus-menerus diterima dari kalangan pengguna yang khuatir dan bimbang dengan sikap sesetengah pengusaha dan pemandu teksi yang tidak mematuhi syarat-syarat perlesenan. Operasi banteras kini telah dilebarkan meliputi kawasan Subang, Sg Buloh hingga ke Puchong yang merupakan antara kawasan kepadatan perkhidmatan.

Buat kali pertama, treler muatan berat telah digunakan dalam operasi menyita teksi kepunyaan pemandu-pemandu teksi yang degil dan mencabar undang-undang

Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, YBhg Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, dalam sidang media memaklumkan sebanyak 30 kes teksi telah berjaya ditahan; 27 kesalahan melibatkan kesalahan pemandu teksi tidak menggunakan meter, 2 kes tanpa kad pemandu yang sah manakala 1 kes, kad pemandu telah tamat tempoh.

Operasi SPAD kali ini, melibatkan 61 anggota penguatkuasa setelah 30 pasukan penyamaran telah menjalankan risikan dan keputusan diambil untuk menggempur pengusaha dan pemandu-pemandu teksi yang masih tidak serik...begitu antara maksud Datuk Paduka Che Hasni.

Operasi sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa. Sehingga kini 137 teksi (termasuk 27 teksi pada tarikh operasi tersebut) telah disita atas kesalahan tidak mengguna meter dalam tempoh masa 2 bulan yang dimulakan sejak akhir Januari 2015. 

Teksi-teksi yang disita akan didakwa selepas kertas siasatan siap. Selain dari pendakwaan, tindakan pentadbiran untuk mengantung kad pemandu juga akan dilakukan. Penggantungan perkhidmatan untuk kesalahan pertama adalah selama 3 bulan.

Pengusaha/tuanpunya teksi yang gagal memantau pemandu teksinya turut dipertanggunjawapkan. Hanya mereka sahaja yang boleh mengeluarkan kenderaan dengan membayar sejumlah denda yg ditetapkan. 

Kesalahan perkhidmatan teksi yang disabitkan adalah di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dengan denda tidak kurang minima RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000 ATAU penjara tidak melebihi 2 tahun penjara ATAU kedua-duanya sekali

SPAD akan mengambil langkah yang lebih tegas sekiranya masih terdapat keengganan mematuhi syarat oleh pihak industri teksi....tambah Datuk Paduka Che Hasni, lagi.

Sikap acuh TAK acuh beberapa pengusaha dan pemandu teksi amat dikesali kerana turut mencalar imej industri yang lebih sihat. Baik untuk pengguna mahupun mereka di dalam industri itu sendiri.


AWAS...Anda salah, pasti dihukum!