Monday, April 20, 2015

DYMM Sultan Selangor Menaiki Tren

Pada 16hb April, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mencemar duli menaiki dua kemudahan pengangkutan awam darat; LRT Rapid KL dan Monorel yang menyediakan perkhidmatannya sekitar Lembah Kelang dan Negeri Selangor.

Pengalaman perjalanan DYMM Sultan telah bermula dari Stesen LRT Kelana Jaya selepas majlis taklimat disampaikan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana);  YBhg Tan Sri Ismail Adam dan Pengurus Besar Kumpulan; Encik Azmi Abdul Aziz mengenai operasi dan kemudahan yang disediakan sepanjang laluan perkhidmatan di sembilan buah stesen sebelum tiba di KL Sentral.

Terdahulu dari itu, Tan Sri Ismail dan Encik Azmi diterima menghadap ke bawah DYMM Sultan Selangor di Istana baginda di Kelang, di mana baginda Tuanku telah dimaklumkan perkembangan perancangan pembinaan laluan ketiga LRT (LRT3) yang akan menghubungi Bandar Utama dan Johan Setia di Kelang oleh Prasarana kelak.


Setibanya di KL Sentral, DYMM Sultan Selangor telah disambut ketibaannya oleh YBhg Tan Sri Dato Sri Syed Hamid; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama YBhg Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB; pemilik asset kompleks KL Sentral.


Rombongan DYMM Sultan kemudian turut dibawa menaiki monorel empat gerabak di Setsen Monorel, KL Sentral ke Stesen Bukit Nenas sebelum singgah ke Hotel Concorde untuk santapan tengahari dan menyambung perbincangan berkaitan perkhidmatan pengangkutan awam.


No comments:

Post a Comment