Sunday, April 26, 2015

Dari Belantara ke Pentas Dunia

 Dalam satu majlis perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan Kali ke 13 di Hotel One, Senawang, Negeri Sembilan, Pengerusi FELDA; YABhg Tan Sri Mohd Isa Hj Abdul Samad memaklumkan pelbagai usaha yang dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)  untuk memastikan setiap generasi yang ada didalam  FELDA menikmati kemudahan yang disediakan  demi menjamin masa depan yang terbaik untuk mereka.

FELDA telah merancang meyediakan satu skim perumahan untuk warga FELDA generasi kedua memiliki rumah sendiri. Skim ini akan diperkenalkan kepada seluruh warga FELDA generasi kedua dalam negara ini.

Sebanyak 100 buah rumah perintis telah berjaya disiapkan di Paloh dan dijangkan sebanyak 20ribu lagi akan dibina  untuk generasi kedua FELDA menjelang tahun 2020 bagi menampung keperluan kebanyakan warga FELDA generasi kedua yang tidak mempunyai bukti pendapatan untuk melengkapakan syarat pembelian rumah. Pada masa yang sama Tan Sri Isa juga memaklumkan bahawa kadar harga yang ditetapkan oleh FELDA disasarkan  tidak melebihi RM200 ribu seunit 

Mengulit kembali sejarah Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi yang terlibat secara terus pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.

Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

FELDA diasaskan pada 1hb Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Bermodalkan RM0 juta dengan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.

Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit. 

FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Terdapat seramai  2, 345, 678 peneroka di 321 tanah rancangan seluruh negara. Ini secara tidak langsung telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 3,000,000 masyarakat bumiputera bekerja dalam semua bidang yang ditawarkan oleh FELDA.  

Dengan pertambahan ini, FELDA telah melibatkan diri di dalam kepelbagaian inisiatif merangkumi bidang sosio-ekonomi demi peneroka yang termasuklah pendidikan, ekonomi (seperti Felda Global Venture, Malayan Sugar Manufacturing), kebajikan dan modal insan.  

Ditambah pula perjawatan Pengarah Seranta yang memastikan hubungan erat dalam menjamin ukhuwah dan halatuju yang mampan seperti pernah dijawatkan YB Datuk Noor Ehsanuddin dan pernah menerajui Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Professional FELDA (GAPROF) 2011 dan Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA) 2011/2012.

Secara kolektif membuktikan FELDA adalah satu agensi yang mampam dari segi sumbangan terhadap ekonomi masyarakat bumiputera serta negara disamping dapat memberi harapan kepada golongan sasaran memiliki  tanah  sendiri.  

FELDA merupakan satu-satunya agensi di dunia yang memberi tanah kepada peneroka yang tidak memiliki harta untuk memiliki harta sendiri. Kelebihan ini juga membuktikan bahawa FELDA mampu mewujudkan konsep kemampamnan dalam membuktikan kepada dunia akan keunikan
Malaysia. 

Keistimewaan ini juga memperlihatkan bahawa perbezaan antara dasar "governance" kerajaan Malaysia dalam membangun dan memajukan tanah rizab untuk manafaat bersama.

No comments:

Post a Comment