Monday, May 25, 2015

2 Kem PLKN Untuk Penempatan Pelarian Rohingya

Dikatakan seramai 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya telah tiba di perairan Langkawi dan dilaporkan lebih dari 5,000 lagi warga Bangladesh dan Rohingya sedang menunggu giliran mereka untuk belayar ke Malaysia.

Setakat hari ini, Malaysia telahpun dibanjiri dengan lebih daripada 120,000 pendatang tanpa izin dari Myanmar dan adalah tidak benar jika kerajaan Malaysia tidak memainkan peranan besar dalam menampung dan mengurangkan masalah kemanusiaan kerana  punca pelarian bukan dari negara kita.

Kerajaan hanya mampu berunding dengan negara Myanmar dan berusaha cari penyelesaian menerusi jaringan ASEAN bagi mengelakkan tragedi kemanusiaan yang lebih besar dan dahsyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua hari lalu, tentera Malaysia akan di hantar ke laut bagi membantu pelarian yang terkandas di luar perairan Malaysia.

“Saya telah mengarahkan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan APMM untuk membantu Mercy Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya, sama ada melalui jalan darat atau laut. 

“Ia adalah bantuan kemanusiaan dan kita akan pastikan mereka mendapat bekalan makanan dan air sementara yang sakit akan diberi bantuan perubatan dan barang,” kata Najib melalui posting Facebook.

Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dikenalpasti sebagai penempatan sementara pelarian etnik Rohingya.

Perkara ini disebut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin dalam responnya menjawab soalan daripada pengguna Twitter @syafikns, malam tadi, kem latihan itu akan digunakan sebagai penempatan sementara pelarian Rohingya, tetapi pada masa yang sama mereka turut mencari lokasi sesuai sebagai penempatan sementara.

Walaupun beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar pelarian yang datang menggunakan bot ini ke Malaysia, negara ini akan tetap menghulurkan bantuan.

Katanya, Kementerian Pertahanan dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Majlis Keselamatan Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan terus membantu.

Menempatkan pelarian ini di kem PLKL adalah satu pilihan, kata Hishammuddin yang dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris di mana beliau turut berkata, perbincangan dalaman diadakan untuk mencari penyelesaian jangka pendek dalam menangani jumlah pelarian yang bakal tiba di negara ini.

Walaupun secara rasminya arahan belum diterima, namun Ketua Pengarah Datuk Mohamed Asri Yusof, pihak PLKN telah bersedia dan segala bentuk keperluan asas juga telah disediakan dan hanya menunggu keputusan kerajaan.

Setakat ini, hanya 2 kem yang diperlukan kerajaan sementara menunggu proses ekstradisi dan dokumentasi. Pada masa yang sama, pihak PLKN sangat berbesar hati untuk membantu kerana jumlah kem PLKN sebanyak lebih dari 80 pasti tidak menjadi masalah untuk menempatkan pelatih PLKN apabila sesi bermula.

Secara langsung, kem PLKN yang kosong dapat membantu pengendali agar tidak mengalami kerugian ketika latihan dihentikan buat sementara.

No comments:

Post a Comment