Sunday, May 24, 2015

Wee Ucapkan Terima Kasih RMK 11

Bermula dari Rancangan Malaysia Pertama (1956 – 1960) di mana pembangunan negara dirancang sebegitu rupa agar sistematik dan teratur selepas merdeka. RMK 11(2016 -2020), dilihat bukan sahaja meletak Malaysia sebagai negara maju di samping rakyat berpendapatan per kapita yang lebih tinggi malahan bertamaddun holistik. 

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) adalah rancangan terakhir sebelum memasuki  era negara maju sebagai memberi tumpuan kepada pemba­ngunan untuk kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan inklusif dan mengambil kira keperluan setiap lapisan masyarakat telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib

Pembentangan RMK 11 mendapat banyak maklum balas positif daripada pemimpin Kerajaan dan juga pembangkang. Antara yang terawal, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA turut mengulas dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri itu.

Beliau percaya negara dengan pembentangan tersebut telah merangka kerja dengan lebih menyeluruh sebagai usaha menuju Wawasan 2020. Di samping itu prihatin Perdana Menteri kepada Kampung Baru Cina melalui Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina, satu usaha murni dan penghargaan kepada sumbangan komuniti Cina; membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina bagi memulakan perniagaan. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan bahawa kebajikan serta kesejahteraan masyarakat Cina turut dilindungi. Ini membuktikan kepimpinan Perdana Menteri tetap mengambil berat tentang masyarakat Cina walaupun beliau terus dilabel seorang pemimpin yang 'rasis' oleh pihak Pembangkang. Tambahan lagi, semua usaha Kerajaan sedang menampakkan hasil apabila sokongan masyarakat Cina kepada BN telah meningkat dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh. 

Ini membuktikan masyarakat Cina mula kembali menyokong BN dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri. RMK 11 untuk semua lapisan masyarakat. Perdana Menteri memastikan tiada golongan kaum dan Agama yang akan terpinggir. Ini diiltizamkan oleh Perdana Menteri dengan ucapan berikut:

"Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa RMK 11 ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan."

No comments:

Post a Comment