Sunday, May 24, 2015

Khidmat Uber Terus DiPantau...Salah Kena Sita

Usahasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah lalai memburu perlanggaran syarat-syarat dan terma perkhidmatan penangkutan awam darat oleh mana-mana syarikat dan pengusaha industri tersebut.

Satu operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber telah dilancarkan. Ini berikutan penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. 

Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang mana boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi berkenaan oleh pihak SPAD baru-baru ini, dua kenderaan mewah telah berjaya disita. Tindakan bersepadu dan berkala oleh pihak SPAD untuk membuat pemantauan terhadap perkhidmatan Uber haram harus dipuji. Harus diketahui bahawa pengguna awam perkhidmatan Uber tidak lindungi skim insurans sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Selain daripada itu, perkhidmatan Uber tidak ubah perkhidmatan "teksi sapu" yang hanya mencemar dan  mengancam industri teksi di negara.

Jangan salahkan SPAD atau Kerajaan Malaysia keberadaan khidmat Uber. Kebanyakan negara di dunia telah mengharamkan operasi Uber. Misalannya, Mahkamah Serantau Jerman dilaporkan mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang. 

Perkhidmatan Uber juga dilaporkan tidak dibenarkan beroperasi di Jakarta kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment