Sunday, May 24, 2015

LRT 3 Menambahbaik Pengangkutan Awam Lembah Kelang

Letusan kependudukan memerlukan kelancaran perjalanan atau pergerakan di dalam memenuhi keperluan sosio-ekonomi sesebuah tempat dan keadaan. Begitu juga apabila melihatkan betapa pesatnya pembangunan dan demi mengisi keperluan itu, pergerakan pengguna mestilah diberikan keutamaan di dalam menjana ekonomi peribadi dan negara.

Melihatkan keadaan sedemikian terutamanya di Lembah Klang yang semakin dahagakan kepantasan, Prasarana Malaysia Bhd telah mengambil langkah proaktif dengan memulakan pembinaan Light Rail Transit Line Tiga (LRT 3) pada suku pertama 2016, dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa agensi kerajaan tempatan serta persekutuan; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi/kementerian berkaitan.

Cadangan Projek LRT 3 sepanjang 36 km ini yang bernilai RM9 billion bakal menghubungkan Koridor Barat Lembah Klang ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan disepadukan dengan rangkaian pengangkutan awam di masa hadapan.

Kini memasuki fasa berikutnya iaitu paparan kepada awam dan respon serta maklumbalas umum. Sesi pemeriksaan awam turut diadakan di 7 buah lokasi terpilih selama tempoh 3 bulan yang bermula pada 15 Mei 2015. 

Paparan ini memuatkan butiran projek, rancangan pengambilan tanah dan ciri-ciri stesen bagi LRT 3 apabila siap nanti.
YBhg Tn. Azmi Abdul Aziz, Pengarah Urusan Prasarana mengulas bahawa paparan awam tersebut bermaksud mengumpulkan maklumbalas akan diadakan termasuk sesi pemeriksaan awam di lokasi terpilih dari 15 Mei-14 ogos (3 Bulan) selaras dengan Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Beliau turut menjelaskan dimana input daripada orang ramai amat penting dan akan dianalisis oleh Prasarana seterusnya akan dikemukakan kepada SPAD untuk penilaian,

Sesi pemeriksaan awam adalah di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di KL Sentral, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam dan pejabat Majlis Perbandaran Klang, Klang juga di tiga lokasi stesen LRT di Stesen Kelana Jaya, Masjid Jamek dan Pasar Seni," menurut kata Azmi lagi.

Untuk maklumat lebih lanjutan, mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang di www.lrt3.com.my bermula 15 Mei ini.

No comments:

Post a Comment