Wednesday, May 06, 2015

#PRKP044 #Vote4AbgMie Siapa Yang Bertanding Di Negara Mana?


Benarkah ini seperti terbentang di PilihanRaya Kecil Permatang Pauh; PRK P044?

Pernyataan yang mengeliru serta menyalahi kempen.

1. Pastinya ini antara usaha PKR memesong pandangan pengundi akan nasib yang Anwar Ibrahim yang menongkah arus badai untuk menagih simpati, sedangkan beliau sudah hilang kelayakan berdasarkan Perkara 119, Kelayakan Pemilih dalam Fasal 3 yang menyatakan:

"Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana PilihanRaya ke Dewan Rakayat atau Dewan Undangan jika :- 

(a) pada tarikh kelayakan di ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau...."

2. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahasa Kebangsaan

"(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: 

Dengan syarat bahawa:-

(a) tiada seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain; dan ..."

Sewajarnya pihak berkuasa tempatan dan agensi pengguatkuasa peka serta prihatin di dalam menjaga dan memupuk Bahasa Kebangsaan, lebih-lebih lagi Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) memastikan mandat di dalam aktiviti kempen pilihanraya dikuatkuasakan.

SPR juga harus bertindak menurunkan billboard yang memeriahkan bahasa selain Bahasa Kebangsaan serta hanya potret calon yang bertanding dibenarkan.

Di dalam senario yang sama, berlaku kepincangan di dalam penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Negeri "membenarkan aset dan kakitangannya" mengambil bahagian di dalam kempen pilihanraya yang sedang berlangsung dengan pandangan sebelah mata; paraphernalia parti lawan diturunkan sedangkan yang ditandingi dibiarkan...

Kerajaan Negeri juga tanpa segan silu menganjur gerakan mengasak Kerajaan Pusat dengan Kempen GST. Inilah satu kebiadaban yang tidak terhingga didalangi Cauvinis DAP!

Inikah keadilan yang diwar-warkan oleh pihak yang angkuh dengan "Giants" di dalam undang-undang sedang Rukun Negara yang diraikan sejak tahun 1969 hanya sekadar bahan untuk diperlekehkan di samping Perlembagaan Negara yang berDAULAT!!!

Selama MCA menjadi parti komponen kepada asalnya Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, belum pernah mereka bertindak membelakangi Perlembagaan Persekutuan. Inikan pula berbeza dengan Pembangkang. Hingga semuanya hanya omongan buat mereka.

Renung-renungkanlah, wahai pengundi Permatang Pauh khususnya Malaysia amnya. Nak berdemo, akurlah pada pihak berwajib dengan syarat dan terma bagi menjamin kedamaian ramai. Bukan dengan terikut-ikut budaya berontak Che Guevara yang diadaptasikan dengan dakwaan melulu dan penuh nesta oleh Pembangkang.

  

No comments:

Post a Comment