Wednesday, May 06, 2015

#PRKP044 #Vote4AbgMie Pengundi Jangan DiPerdayakan PKR

Seperti yang dijangkakan, pakatan Pembangkang (Pakatan Rakyat aka PR) mengalih perhatiannya ke PilihanRaya Kecil (PRK) Permatang Pauh (P.044) melihatkan kerusi P.091; Rompin gagal dimenangi mereka dengan propaganda yang jelik.

Sumbangan komuniti Cina tidak dapat dinafikan di Rompin, sebagai bukti usaha parti MCA turun mendampingi dan memantapkan pengaruh di kalangan masyarakat itu semakin jelas. Sedangkan perikatan PR berubah menjadi kucar-kacir dek keegoan di kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) yang sering bersikap dahagi.

Fitnah menjadi lauk-pauk PR dengan serangan seterusnya yang tidak lebih mencetuskan perkauman yang "the highest form" dalam bentuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin MCA baru-baru ini.

Dalam kenyataan berkaitan Goods and Services Tax (GST), pihak China Press sendiri telah menarik balik siaran akhbar YB Senator Datuk Heng Seai Kie; Ketua Wanita MCA pada 1 Mei yang baru lalu.

Namun kerana terdesak dengan senjata yang memakan diri, PKR tetap menaikkan papan billboard "Melayu Bayar Lebih GST, GST Manfaat Kita (Orang Cina)"

Menyedari hal sedemikian, Heng telah mengeluarkan kenyataan menyangkal fitnah berbaur perkauman yang dimainkan PKR, lebih-lebih lagi di dalam menghadapi PRK P.044 nanti.

"I am saddened that my remarks on the goods and services tax (GST) during an interview with China Press were spun out of context by DAP and PKR whereby Pakatan has stooped to racialise my comments merely to recoup votes as evidently, even PKR’s survey indicates confidence lacking in retaining Permatang Pauh.

Since China Press has already explained, given a clarification and apologised for misquoting me, it is absolutely unbecoming of the Opposition to twist and add ‘salt and pepper’ to my comments

There should be no racial profiling related to GST, and it is despicable of DAP and PKR to play up the racial card by linking GST to ethnicity to score political mileage.

We have since filed a complaint with the Election Commission besides lodging a police report on this matter.

We also appeal to the Election Commission and the police to take stern action against any political party who play up the racial card in any form or material during any election. 

To readers who might have been affected by the misrepresentation of my comments by DAP and PKR, I humbly express my deep regrets.

It is time to put the issue to rest. What is the ulterior motive of DAP and PKR to still harp and twist my comments to center on race? 

Datuk Heng Seai Kie
Wanita MCA National Chairman"

Berikutan itu, billboard tersebut yang dipasang telah mula diturunkan oleh pihak berkuasa, kerajaan tempatan dengan perintah SPR.

Satu sifat yang diperhatikan melibatkan PR adalah mereka sering melaungkan demokrasi dan mendokong undang-undang. Namun strategi mereka kerap "hitting below the belt" dan amat memalukan. Ciri-ciri pembohongan yang menghalalkan semua kaedah untuk menang.

Rakyat Malaysia yang dahagakan keharmonian perlu menyatakan sokongan menidakkan peluang kepada PR! Begitu juga harapan lebih-lebih lagi kepada komuniti Cina bagi mengesahkan sokongan mereka beransur kembali bersama Barisan Nasional (BN).

 

No comments:

Post a Comment