Thursday, May 07, 2015

#PRKP044 #Vote4AbgMie Keganasan Mulai Ditunjukkan Lawan

Loghat Utara di sini disebut 'panaeh lit lit' yang membawa maksud kepanasan yang teramat. Begitulah keadaan dengan senario kepolitikan yang seolah sebuah pesta lebih-lebih lagi golongan muda merempit dan menyebabkan kesesakan penuh kebisingan.

Bukannya penulis tidak pernah muda. Tetapi dewasa ini, dengan simbol genggaman tangan diadaptasi dari perjuangan pemberontakan Che Guevara, golongan muda terutama mereka yang tidak layak mengundi bagaikan dirasuk semangat melepaskan geram tanpa haluan dan batasan serta kebisingan. Malah kehadiran anggota Polis yang meronda tidak dipedulikan.
Sebuah sidang media telah diadakan di Bilik Gerakan MCA Permatang Pauh dengan kenyataan dibuat En. Gui Guat Lye mengenai satu insiden keganasan di ceramah MCA pada 4hb Mei di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya.

En. Gui memaklumkan dalam siri kempen MCA tersebut di kalangan komuniti Cina dengan di pentas War truck, ceramah telah disampaikan oleh jemputan dari MCA Kedah; Dr. Leong Kuang.

Selesai menyampaikan penceramah tersebut turun bersalaman dengan hadirin dan terdapat satu kumpulan berbangsa Cina tidak berpuashati dengan ceramah yang disampaikan dan mulai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penceramah tersebut.

En. Gui yang turut bertindak sebagai pengiring berusaha menenangkan keadaan telah ditumbuk di pipinya jatuh terduduk dan ditarik hingga bajunya dikoyak oleh suspek yang dipaparkan. Dalam keadaan demikian, suspek cuba mencapai kayu 3" x 2".

Keghairahan pihak Pembangkang nyata bagai sudah hilang kewarasan apabila, serangan demi serangan yang dilemparkan melalui tuduhan tidak dilayan oleh MCA di kawasan yang kepadatannya  terdapat komuniti Cina. Begitu juga dengan UMNO dan lain-lain komponen di dalam menjalani kempen PRK P-044 kali ke tujuh ini.


Hakikatnya, mereka sudah ketandusan ide untuk provokasi jentera Barisan Nasional. Laungan menuntut keadilan dan menjaga kesucian undang-undang hanyalah satu gimik dan skrip wayang pemimpin serta penyokong tegar parti Pembangkang.

Tahniah buat petugas dan anggota jentera MCA yang berjaya "keep their cool". Maturity demands level headed minds NOT Actions! Tidak seperti yang dipupuk oleh DAP, PAS apalagi PKR.

Lain-lain kecederaan seperti dipaparkan dalam foto berikutnya.






Angkara ketaksuban calon pemimpin dari luar lagi bukan anak tempatan, pastinya tidak dapat menjiwai segala aspirasi warga Permatang Pauh. 

Suhaimi Sabudin, pilihan terbaik mewakili Parlimen Permatang Pauh!