Setiap kali berpeluang ke Kotaraya Kosmopolitan Kuala Lumpur, penulis tidak lepaskan bersiaran atau menggunakan perkhidmatan awam darat di sana. Light Rail Transit (LRT), Monorail/MyRapid lebih tertumpu dan melingkari pusat bandar Kuala Lumpur sejak tahun 2004, menyediakan penjimatan masa dan aliran wang yang rendah berbanding sistem pengangkutan konvensional sebelumnya. Sistem rangkaian rel kesampingan itu turut menjamin kehijauan sekitar dengan pengurangan penggunaan bahanapi fosil.
Mass Rapid Transit (MRT) pula bakal siap tidak lama lagi akan menghubungkan bahagian kependudukan seramai 1.2 juta orang meliputi Sg. Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Seksyen 16 Petaling Jaya, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri, Cheras dan Kajang.
Go KL, sistem pengangkutan bas awam diperkenalkan dalam versi baru pada tahun 2012 meliputi 2 laluan sahaja yang dikenali 'laluan Hijau' dan 'laluan Ungu' melalui kawasan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni ke Bukit Bintang.
Kini sudah masuk 3 tahun, Go KL menelusuri laluan jalanraya sejak ia dilancarkan pada tahun 2012 oleh Perdana Menteri; YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. Go KL turut mempunyai pengguna tegarnya yang kini menawarkan peningkatan perkhidmatan dengan penambahan 20 buah bas untuk laluan yang diperluaskan.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan trend yang meluas, bas Go KL kini dilengkapkan dengan capaian 'WiFi' percuma untuk pengguna perkhidmatannya melayari dunia maya.
Kemudahan buat warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang sering mengguna dan memerlukan perkhidmatan Go KL tidak terlepas pandang. Ciri 'ramp' yang bersesuaian ketinggian adalah ciri bas yang terkini di samping sesuai di perhentiannya.
Sebagai langkah keselamatan, terdapat 4 kamera 'CCTV' dilengkapi pada setiap unit bas di samping sistem suara yang lebih jelas sebagai pemberitahuan kepada pengguna di setiap hentian lauan.
Selain itu antara ciri ciri menarik ada lah ia di lengkapi 4 kamera cctv pada setiap unit.
Sistem audio yang jelas serta menarik juga turut di pasang bagi pemberitahuan kepada penumpang pada setiap hentian. Sistem penjejakan 'GPS' turut dipasang sebagai memastikan keselesan dan keselamatan para pengguna bas Go KL ini.
Pastinya, orang seperti penulis yang berasa lebih santai menggunakan perkhidmatan awam darat di sekitar Kuala Lumpur adalah golongan sasaran Go KL. Tidak terkecuali golongan pelajar, petugas di pejabat, rakyat biasa mahupun pelancong pasti tertarik dengan kelainan yang ditawarkan Go KL.
Lebih-lebih lagi kekerapan pengangkutan awam darat termasuklah Go KL akan mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian yang semakin bertambah di jalanraya dan pengeluaran asap toksik yang berlebihan di udara.
CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); Tn Mohamad Nur Ismal sempat melapangkan masa bersama rombongan SPAD bersiaran keliling Kuala Lumpur dengan Go KL memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan sesuai dan sepertimana yang diharapkan untuk keselesaan pengguna.
Sasaran Go KL untuk mencapai muatan seramai 27,000 orang penumpang sehari atau 40% kegunaan kenderaan awam dijangka tercapai dengan penambahbaikan ke atas mutu perkhidmatan bas di samping perjalanan yang dijadualkan dan dijaga dengan baik.

No comments:
Post a Comment