Wednesday, June 24, 2015

Skim Pembiayaan PKS Kaum Cina DiLancarkan

Satu skim Pembiayaan PKS Kaum Cina telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang menawarkan pinjaman antara RM50,000 dan RM250,000. Buat pemohon kaum Cina, berita itu disambut baik dan sebagai bukti Kerajaan Malaysia menggotakan janji dan adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan Agama.

“Dana ini mendapat sambutan yang sangat baik tetapi itu tidak bermakna ia boleh diperolehi tanpa mengikut syarat yang telah ditetapkan, namun, kita akan membantu pemohon melengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Kita ingin memastikan hanya mereka yang layak sahaja mendapat pinjaman ini bagi mengelak ‘non-performing loan’ yang tinggi,” berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Anggota Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita MCA baru-baru ini.

Sejumlah 170 helai permohonan telah diterima, namun hampir separuh daripada permohonan tidak menyertakan dokumen lengkap untuk diproseskan permohonan mereka. 

Dana itu dijangka akan diagihkan kepada pemohon yang layak menjelang akhir tahun ini dan ia boleh dijadikan dana pusingan bagi skim ini pada masa akan datang. Satu jawatankuasa penilaian skim yang terdiri daripada pihak berkepentingan antaranya Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia serta Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia akan memastikan proses penilaian dilaksanakan secara telus, begitu dimaklumkan Datuk Wee. 

Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang, MCA telah membentuk keanggotaan untuk 10,000 kader parti dari peringkat cawangan yang dilatih bagi memperkukuhkan lagi ideologi parti serta memperjelaskan peranan MCA dalam masyarakat berbilang kaum dengan kerjasama Barisan Nasional (BN). Seramai 5,400 orang kader telah dilatih melalui Sekolah Pengajian Politik MCA sehingga kini.

MCA nyata tegas dan bersungguh lantas membentuk Jawatankuasa PRU14 yang dipengerusikan Datuk Wee, Timb. Presiden parti dengan perbincangan bersama kesemua 85 Bahagian MCA yang perolehi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Post a Comment