Sistem Bas Rapid Transit Sunway Line (BRT-Sunway Line), sistem pengangkutan elektrik yang pertama di negara ini bagi mengurangkan kesesakan trafik di Lembah Klang telah dirasmikan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di kompleks BRT Sunway
Menggunakan teknologi mesra alam, sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) kerjasama awam dan swasta antara Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd dan Kumpulan Sunway Bhd kini menjadi pengangkutan awam pertama negara yang membudayakan teknologi hijau diiktiraf Malaysia Books Of Records.
Sistem pengangkutan BRT-Laluan Sunway merupakan sistem pengangkutan terbaharu yang menggunakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas, disamping mengurangkan pelepasan gas karbon (carbon foot print).

Selaras dengan perkembangan jalur lebar, bas-bas berkenaan turut dilengkapi perkhidmatan Wifi secara percuma untuk kemudahan penumpang. Kos pembinaan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam itu membabitkan sejumlah RM634 juta.

Dalam ucapan pendahuluannya, Dato' Seri Najib telah memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan sejumlah RM23 bilion bagi pembinaan jajaran Transit Aliran Massa (MRT) menghubungkan Sungai Buloh-Putrajaya dan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) ketiga menghubungkan Bandar Utara-Shah Alam-Klang.

Turut hadir menyaksikan perasmian BRT-Sunway adalah Menteri Pengangkutan; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd; YBhg Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
No comments:
Post a Comment