Satu operasi menahan pemandu lori yang tidak mematuhi undang-undang hingga membahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain dan orangramai telah berjaya diperangkap dengan kaedah yang digunakan penguatkuata dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini.
Sebanyak 9 buah lori telah ditahan untuk ditimbang berat muatan kerana membawa muatan melebihi had yang dibenarkan. Sebanyak 18 pelbagai kesalahan telah dikenalpasti dan dikenakan tindakan ke atas pemandu juga juga kenderaan yang tidak mematuhi piawaian. Manakala 6 buah lori ditahan kerana muatan yang dibawa melebihi paras panel sisi. Seorang pemandu lori gagal membuktikan permit permit kenderaan yang sah. Sedang 2 buah lori lagi, pemandunya gagal kemukakan lesen pengendali dan permit perkhidmatan ketika ditahan.
Operasi khas yang diberi nama "Ops Hippo" telah dianggotai seramai 14 orang penguatkuasa SPAD menjalankan operasi mereka di sekitar kawasan Puchong, kawasan yang laluan yang kerap digunakan di celah-celah kesibukan pembangunan dan lalulintas di sana pada 20hb Jun lalu.
Operasi tersebut tertumpu kepada kesalahan lazim lori lori dan pemandunya. Istimewanya operasi kali ini menggunakan "alat timbang mudah alih" bagi menahan serta-merta kesalahan melebihi had muatan yang dilakukan di tempat operasi di Taman Meranti Jaya, Puchong, Selangor.
Kelaziman "tonto'' berkeliaran dalam memberi maklumat kepada pemandu-pemandu lori untuk mengelak dari tertangkap, namun operasi kali ini nyata berjaya ditangkis pihak penguatkuasa SPAD dalam memastikan mereka yang melakukan kesalahan berjaya diberkas dan disabitkan kesalahan mereka.
SPAD dan anggota penguatkuasanya ternyata telah menemui satu metode yang berhasil. Teruskan usaha seperti ini di dalam memastikan undang-undang dan syarat perkhidmatan diakur semua peringkat di dalam industri pengangkutan darat.
Sebanyak 9 buah lori telah ditahan untuk ditimbang berat muatan kerana membawa muatan melebihi had yang dibenarkan. Sebanyak 18 pelbagai kesalahan telah dikenalpasti dan dikenakan tindakan ke atas pemandu juga juga kenderaan yang tidak mematuhi piawaian. Manakala 6 buah lori ditahan kerana muatan yang dibawa melebihi paras panel sisi. Seorang pemandu lori gagal membuktikan permit permit kenderaan yang sah. Sedang 2 buah lori lagi, pemandunya gagal kemukakan lesen pengendali dan permit perkhidmatan ketika ditahan.
Operasi tersebut tertumpu kepada kesalahan lazim lori lori dan pemandunya. Istimewanya operasi kali ini menggunakan "alat timbang mudah alih" bagi menahan serta-merta kesalahan melebihi had muatan yang dilakukan di tempat operasi di Taman Meranti Jaya, Puchong, Selangor.
Kelaziman "tonto'' berkeliaran dalam memberi maklumat kepada pemandu-pemandu lori untuk mengelak dari tertangkap, namun operasi kali ini nyata berjaya ditangkis pihak penguatkuasa SPAD dalam memastikan mereka yang melakukan kesalahan berjaya diberkas dan disabitkan kesalahan mereka.
No comments:
Post a Comment