Satu majlis memperingati mangsa tragedi MH17 dijangka akan dibuat pada bulan hadapan.
Begitulah cadangan Kementerian Penangkutan Malaysia melalui Menterinya; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai sebagai berkata. Cadangan itu bagaimanapun hanya akan dibentang pada mesyuarat kabinet yang lazimnya pada hari Rabu.
Memandangkan negara seperti Belanda dan Australia turut mengadakan majlis seumpamanya, akibat nahas yang telah mengorbankan warganegara masing-masing, maka dilihat cadangan ini adalah satu usaha murni Kerajaan Malaysia ke atas malapetaka yang bukan sahaja memusnahkan hartabenda tapi juga nyawa rakyatnya dan penumpang lain seramai 298 orang termasuk anak kapal yang tidak berdosa di samping imej syarikat penerbangan negara tercalar.
"Belanda akan mengadakan ulang tahun memperingati tragedi MH17 pada 17 Julai manakala Australia akan turut mengadakan ulang tahun itu pada bulan yang sama," menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) komited dan tidak lepas tangan angkara pengganas Ukraine itu dan bersedia menanggung perbelanjaan buat ahli keluarga mangsa tragedi yang ingin menghadiri sambutan ulang tahun di Belanda itu nanti.
Penulis berasa terharu dan turut ucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa tragedi MH17.

No comments:
Post a Comment