Wednesday, July 01, 2015

Keinsafan Dari Kegirangan Golongan Asnaf

Amalan bersedekah amat digalakkan Islam dan sebagai ganjarannya pahala yang besar di sisi Allah SWT. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad  SAW yang bermaksud,

"Jagalah kalian dari Neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma"
Hadis Riwayat Bukhari.

Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sis Allah SWT ialah ketika bulan ramadhan. Kenyataan ini lebih jelas disebut menerusi satu hadis dari Ibnu Abbas yang berkata:

"Rasullullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar dermanya pada bulan Ramdhan ketika Jibril menemuinya. Jibril kebiasaanya menemui setiap malam Ramadhan, lalu bertadarus Al-Quran (dengan Nabi Muhammad SAW). Sungguh Rasullullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Sikap yang dituntut Islam bukan tertakluk dalam jumlahnya, tetapi sedekah seseorang yang penuh keikhlasanannya, di mana di dalam hadis yang Nabi Muhammad SAW turut bersabda,

"Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik sahaja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kananNya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung."
Hadis Riwayat Bukhari. 

Dalam kesibukan menjalankan ibadah dan persiapan , janganlah pula kita lupa nasib golongan asnaf yang dituntut dibela kehidupan mereka oleh Agama Islam lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri; hari kemenangan buat Muslimin dan Muslimat dari segala lapisan. 

Baru-baru ini, satu program "Mesra Aidil Fitri" dengan inisiatif Yayasan Mesra bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah diadakan bertujuan meraikan golongan asnaf di Kota Tinggi, Johor.


Betapa girang dan keceriaan terpancar di muka anak-anak golongan asnaf berpeluang memakai pakaian serba baru di samping keperluan lain untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti. Lihatlah kegembiraan itu sepanjang mereka ke Jakel dan di UO Superstore Plaza Angsana, Johor Bahru

Di dalam majlis yang berasingan, Ahli Parlimen Kota Tinggi; YB Datuk Noor Ehsanuddin turut menghulurkan sumbangan kepada program kakitangan portal BNBBC.my diketuai Pengarangnya; Sdr Roslan Bian dengan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Miskin Muallaf Penyayang Nur Iman di Setapak.

Penglibatan YB Datuk Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid di dalam ke dua-dua program itu adalah satu murni, memberi kepada yang mengharapkan belas dan kasih sayang seperti anak-anak lain. Satu contoh yang perlu diteladani mereka yang berkemampuan apalagi di dalam usaha mendahulukan rakyat dalam aspek kehidupan.

Sekalung tahniah buat Datuk Ehsan dari penulis dan para pembaca. 

No comments:

Post a Comment