Friday, July 24, 2015

MACS Di Pintu Masuk Mesti DiTingkatkan

Kelemahan dalam Sistem Pelepasan Automatik Malaysia atau Malaysian Automated Clearance System (MACS) harus segera diperbaiki bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

MACS diperkenalkan lima tahun lalu. Agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan berkenaan perlu memperhalusi itu, menaik taraf perisian dan memperbaiki kelemahan sistem MACS. Semua kepincangan atau kelemahan pada sistem hanya akan menimbulkan permasalahan keselamatan kepada rakyat dan negara ini.


Sebuah akhbar tempatan melaporkan pada 9hb Julai, pelekat MACS yang diperkenalkan bagi tujuan mempercepatkan pergerakan penumpang di antara Malaysia dan Singapura, tidaklah bebas dari unsur penipuan. Malahan ia membolehkan kemasukan ke Malaysia tanpa pengesahan keluar dari Singapura.

Sejak diperkenalkan seramai 553,530 orang rakyat Singapura dan warganegara asing warganegara dengan tempoh pekerjaan jangka panjang di Republik Singapura telah memohon dapatkan pelekat MACS bagi pelepasan pantas di pintu 'autogates' di kedua-dua pintu masuk Malaysia di Tambak Johor dan Link Kedua.

Manakala Ketua Biro Perhubungan MCA Johor, Michael Tay berkata ia adalah satu perkara yang "menakutkan" yang memandangkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan pelekat MACS.

"Sistem ini adalah khusus buat pelabur dan ahli perniagaan bagi memudahkan akses ke Johor dan Iskandar," katanya, sambil menambah bahawa mereka yang ditangkap menyalahgunakan sistem perlu didenda dan dihalang daripada menikmati kemudahan itu selama satu hingga tiga tahun.

Tay berkata, cap jari pemegang MACS perlu untuk pengesahan kegunaannya.

"Sedang pemegang paspot Malaysia dengan cap jari mereka disahkan apabila melalui autogates, sebaliknya pemegang MACS hanya berjalan terus." kata Tay lagi sambil menyuarakan kebimbangan penyamar boleh mengeksploitasi sistem.

MACS merupakan sistem biometrik dan pemohon yang berjaya akan dilekatkan pelekat khas pada paspot mereka untuk diimbas. Mereka yang berdaftar di bawah MACS tidak perlu mengisi kad imigresen putih setiap kali mereka masuk negara ini. Setiap pemohon dikenakan caj RM30 setahun.

Difahamkan Jabatan Imigresen biasanya mengesan penyalahgunaan apabila 'autogates' diturunkan dan pemegang MACS perlu mendapatkan kebenaran daripada pegawai Imigresen di kaunter untuk dilepaskan. Mereka yang disyaki menyalahgunakan sistem itu akan dihantar balik ke Singapura dan dinafikan masuk ke Malaysia.



No comments:

Post a Comment