Friday, July 24, 2015

Jawatankuasa Siasatan Ke Atas Insiden Kebakaran LRT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat insiden kegagalan brek pada Transit Aliran Ringan (LRT) di dua lokasi berasingan yang berlaku tempuh hari. Ahli Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh pakar-pakar, termasuk wakil-wakil daripada SPAD sendiri.

Pengerusinya, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, siasatan dijangkakan selesai dalam tempoh dua atau tiga bulan, dan jika terdapat unsur-unsur kecuaian atau aktiviti jenayah dan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Laporan tersebut mengandungi punca kejadian dan cadangan yang dikemukakan, kami juga akan mendapatkan laporan daripada Prasarana Malaysia Berhad untuk digabungkan dengan laporan ini," kata Syed Hamid.

Di dalam kejadian terbaru, dua kereta api LRT di sepanjang laluan Kelana Jaya mengalami kegagalan brek, satu berhampiran Stesen Setiawangsa pada pukul 8 pagi, dan satu lagi di 12:18 di Stesen Universiti di Petaling Jaya, menyebabkan gangguan sementara di sepanjang laluan. Ini merupakan insiden kali ke enam yang dialami sistem aliran transit ringan tersebut.

"Kereta api telah diperiksa dari semasa ke semasa, mengikut Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan, ia boleh juga berlaku disebabkan oleh cuaca. Oleh itu, kita tidak boleh membuat andaian awal," kata Syed Hamid.

Beliau menjelaskan bahawa SPAD sentiasa menyiasat sebarang kejadian yang berhubungan dengan perkhidmatan LRT, dan ia tidak akan berkompromi terhadap keselamatan penumpang.

Ketika ditanya mengenai seruan Perdana Menteri mengenai audit keselamatan perkhidmatan LRT, Tan Sri Syed Hamid bersetuju mengenainya dan menganggap ini adalah satu kejadian yang serius di mana nyawa penumpang turut terancam.

Tindakan pantas yang diambil Prasarana mengawal situasi turut dipuji. Pihak Prasarana mendapati insiden adalah berpunca dari kebocoran minyak brek dan telahpun menyatakan ketegasannya meminta syarikat pembuat gerabak LRT berkenaan mencari penyelesaian terhadap permasalahan brek itu. 


No comments:

Post a Comment