Friday, August 21, 2015

Diskaun Tambang Bas DiPerkenalkan

Pengangkutan adalah salah satu kemudahan yang terpenting menghubungkan manusia dengan lokasi dan masa yang dijadualkan. Menyedari hakikat itu, Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan pelbagai inisiatif mempertingkatkan mutu serta menambahbaik perkhidmatan penangkutan awam darat negara sejak ia ditubuhkan. 

Pihak Kerajaan turut prihatin demi melancar dan memencakkan aktiviti harian yang berdaya saing dan efektif, program yang dekat dengan kehidupan rakyat menjadi perkara pokok terutamanya usaha meringankan bebanan tanggungan kos perbelanjaan sara hidup masyarakat.

Terbaru bermula 1hb September 2015, diskaun 30% untuk pembelian pas bulanan bagi perkhidmatan bas antara bandar diperkenal dan ditawarkan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Tambahan pula, inisiatif ini adalah selaras dengan aktiviti dan usaha SPAD bagi meningkatkan keberkesanan, kemudahan dan keselesaan rakyat di sektor pengangkutan awam.

Diskaun tersebut adalah melibatkan laluan yang berikut:

Sepanjang tempoh perlaksanaan inisiatif ini, penumpang harian yang membeli pas bulanan bercetak akan diberikan kadar diskaun berdasarkan jadual berikut:

Berikut adalah senarai pengendali bas yang mengambil bahagian:

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SPAD atau boleh didapati dari kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat.

Klik di sini untuk muat turun borang permohonan diskaun. Makluman: Borang ini adalah diberikan secara percuma.


Kenyataan Media oleh SPAD untuk pengetahuan dan sebaran awam.

Sebarang pertanyaan mengenai Inisiatif Kadar Diskaun 30% Bagi Tambang Bulanan Perkhidmatan Bas boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai SPAD di talian 03-2776 7000

No comments:

Post a Comment