Wednesday, August 19, 2015

FGV Nafi Naik Gaji Pekerja Ladang

Berikutan sebuah laporan media yang disiarkan dengan tajuk;  Maybank IB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Perladangan pada 12 Ogos, 2015, FELDA Global Ventures Bhd (FGV) pada 17hb Ogos menjelaskan bahawa ia tidak bercadang menaikkan gaji pekerja ladangnya.

Dalam kenyataannya, FGV mengulangi bahawa dasarnya adalah berpandu kepada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) melalui standard industri mengenai gaji minimum dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia.

"Kami tidak menaikkan gaji pekerja ladang kami, termasuk pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain, sebanyak 8-10 peratus berkuat kuasa 1hb April, 2015, seperti dicadangkan dalam laporan. Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan  sebagai entiti senaraian awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami." menurut jurucakap FGV.

Laporan media tersebut menyatakan: 'Peneraju perladangan yang besar termasuk Felda Global Ventures Holdings Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd, antara lain, bersetuju untuk menaikkan gaji pekerja ladang mereka (termasuk pekerja kilang minyak sawit dan pekerja am yang lain) sebanyak 8-10 peratus mulai 1 April, 2015.  

Laporan oleh Maybank Investment Bank itu memungkinkan keadaan yang kurang senang di kalangan mereka yang terbabit di dalam industri minyak sawit negara dan menjuruskan sentimen melanggar Hak Asasi.

No comments:

Post a Comment