Baru-baru ini pada 6hb Ogos, YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat perladangan sawit ketiga terbesar Indonesia, PT Eagle High Plantation (EHP).
FGV akan menyumbang kepakaran dalam
penyelidikan dan pembangunan serta akan menubuhkan syarikat usahasama dengan
Rajawali Group di Indonesia untuk mewujudkan kawasan industri khusus itu.
Rajawali Group, syarikat usahasama Malaysia –
Indonesia ini akan diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama pelbagai aspek,
termasuk pemasaran. Setelah projek itu siap kelak, Indonesia,
menerusi gabungan kepakaran Malaysia akan muncul sebagai hab industri kelapa
sawit terbesar di dunia dan penglibatan FGV adalah pengiktirafan kepada negara
yang mempunyai kepakaran dalam industri hiliran kelapa sawit.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai menunaikan tanggungjawabnya, FGV telah membentangkan segala butiran dengan jelas tentang rancangan kerjasama tersebut.
"Akhirnya terpulang kepada pemilik saham untuk membuat keputusan... tapi fikirlah secara waras dan rasional. Jangan terbawa-bawa dengan hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tak baik, yang hak menjadi batil," katanya ketika berucap pada majlis Salam Perantauan Warga Felda itu.
Najib turut mengingatkan kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan peluang keemasan yang
sukar diperoleh terlepas dan mungkin tidak akan didapati lagi pada masa akan
datang.
"Jangan biarkan apa yang kita bina selama ini musnah kerana tak buat apa yang patut untuk pertahankan. Marilah kita pertahankan kejayaan Felda demi anak cucu kita," katanya.
Menjelas lanjut Najib berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci rancangan kerjasama antara FGV dengan EHP itu dan mahu satu formula yang menguntungkan kedua-dua pihak diwujudkan.
"Saya yakin dan percaya kalau dapat satu formula yang menguntungkan, maka FGV dan masyarakat Felda boleh mengaut keuntungan yang besar. Harga yang kita tentukan kalau setuju, boleh kita pertahankan," katanya.

Untuk terus mengubah
kualiti hidup masyarakat Felda, pasaran yang menjangkaui sempadan negara amat
perlu, termasuk kawasan ladang yang besar selain tanah yang subur.
"Kita ada kekuatan dan kekurangan, maka kekurangan FGV ditampung melalui usaha sama dengan EHP ini," tambah Dato' Sri Najib lagi.
"Kita ada kekuatan dan kekurangan, maka kekurangan FGV ditampung melalui usaha sama dengan EHP ini," tambah Dato' Sri Najib lagi.
No comments:
Post a Comment